12/21/10

Alhamdulillah..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak”. (Riwayat Abu Daud)


Yeahh...Merdeka!!! Mungkin ramai dalam kalangan calon SPM 2010 menjerit kegirangan setelah usainya kertas terakhir peperiksaan SPM tempoh hari. Tetapi pada hakikatnya adakah kita benar-benar merdeka?? Aku faham bahawa merdeka yang dimaksudkan ialah merdeka daripada peraturan sekolah, leteran guru-guru, jagaan para warden, status pelajar dan lain.

Jadi, apa masalahnya?

Daripada apa yang aku lihat, ramai dalam kalangan kita sebenarnya telah mengeksploitasi kemerdekaan itu sendiri. Contohnya apabila kita terlalu ghairah berseronok sehingga batas-batas agama dilanggar sewenang-wenangnya seolah-olah Allah hanya wujud semasa kita menjalani peperiksaan atau ketika berada di dalam sekolah sahaja. Aku dapat tengok kalau rakan-rakan muslimin (lelaki) ni selalu menonjolkan pusat-pusat atau lutut-lutut yang tak patut dibuka. Aku pernah bertanya kepada salah seorang rakan aku, semasa aku sedang melihat gambar-gambar mereka," Eh, Allah hanya wujud dalam kawasan sekolah sahaja ka? Kawan aku tersengih-sengih entah mengapa. Mereka tahu akan hukum menutup aurat itu wajib, tapi tidak mahu mengamalkan ilmu-ilmu itu. Aku menambah kalam dari lohong tekakku, " Habis tu kenapa buka aurat?" Rakan aku menambah sengihannya.

Proses Pengaplikasian Ilmu

Pada hemat aku, setelah tamat peperiksaan SPM ini, proses yang utama kita perlu buat ialah proses pengaplikasian ilmu. Itu yang mandatori dilaksanakan oleh para pelajar. Jika proses ini gagal dilaksanakan, maka segala usaha jerih payah kita dalam pembelajaran selama berbelas-belas tahun pun turut gagal.

Aku pun cuba untuk sentiasa berada dalam ilmu. Seperti yang aku rancangkan dalam perancangan aku selepas SPM, aku ingin membeli buku-buku ilmiah yang telah aku intip selama ini. Alhamdulillah, segala perancangan aku itu membuahkan hasilnya setelah aku membeli beberapa buah buku di beberapa kedai buku di sekitar Kedah.

Aku Juga Insan Biasa.

Experience is The Best Teacher

Sememangnya pengalaman persekolahan tak dapat dilupakan. Sejak daripada tadika, taski, sekolah rendah dan sekolah menengah, banyak pengalaman yang telah mematangkan aku. Aku dapat rasakan kematangan aku berfikir banyak berlaku setelah aku berhijrah ke satu sekolah paling hujung di utara tanah air, SBPI Kubang Pasu. Penghijrahan aku dari SMKA Sik ke SBPI Kubang Pasu langsung tidak menimbulkan sebarang penyesalan dalam diriku. Sebaliknya melalui penghijrahan tersebut mengandungi pelbagai hikmah yang telah aku selami.

Banyak riak wajah guru-guruku sering bermain di neuron otakku, antara guru yang aku paling tidak lupa ialah Cikgu Hafizan Awang ( Ketua Warden SMKA Sik ), Cikgu Abu Bakar ( Guru SMKA Sik ), Cikgu Zainal Abidin ( Guru SMKA Sik ), Ustazah Ann Surina ( Guru SMKA Sik ), Ustaz Abdullah ( Guru SMKA Sik ), Cikgu Ariffin Salleh ( Guru SBPI Kubang Pasu ), Cikgu Zahrul Fuad ( Guru SBPI Kubang Pasu ), Cikgu Nurul ( Guru SBPI Kubang Pasu ), Cikgu Malek ( Ketua Warden SBPI Kubang Pasu ), Ustaz Tarmizi ( Guru BADAR SBPI Kubang Pasu ), Ustaz Suhaimi ( Guru SBPI Kubang Pasu ), Madam Faridah ( Guru SBPI Kubang Pasu ), Madam Idayu ( Guru SBPI Kubang Pasu ) dan banyak lagi.

Bersama artikel kali ini, aku selitkan gambar-gambar yang aku kumpul selama aku bergelar pelajar sekolah walaupun aku jarang sekali menampilkan soal diriku dan sekolah dalam blog ini selama aku 'berblogging' di sini :























































No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter