12/31/09

Bekas Vokalis & Gitaris Rock Berdakwah

Keaktifan dua bekas anggota kumpulan rock tanahair penghujung 90 an Melissa dan Samudera menyampaikan dakwah menerusi lagu bertemakan Islam wajar dihargai kerana cara tersebut boleh membantu meningkatkan kefahaman Islam di kalangan golongan muda.

Bagi Vokalis Melissa yang terkenal dengan lagu 'Cinta Untuk Nabikita Nabila', Mohd Rodzi Abdul Hamid dan bekas gitaris kumpulan Samudera, Syed Anuar Syed Yusof yang top dengan lagu 'Salam Sejahtera' kini boleh terus berbangga.

(Gambar: Mohd Rodzi kini berubah wajah)

Ini kerana, kalau dulunya mereka menjadi idola remaja yang tergilakan muzik slow rock, kini bertekad akan membawa lagu-lagu berunsur nasihat pula semata-mata ingin melihat perubahan pada masyarakat.

Ini kerana diri mereka pernah disanjung setinggi langit dan tahu betapa agungnya di saat itu namun kini semuanya telah berubah kerana ingin mencari kelainan setelah menyedari kekosongan pada diri sendiri.

Kegelisahan jiwa terutamanya, menjadi kusut walaupun di saat-saat kegemilangan dan hanya dapat menemui titik ketenangan bila berhasrat meninggalkan terus lapangan yang diminati sejak kecil.


Maklumlah kata mereka, zaman itu pergilah ke mana sahaja samada pesta, karnival, konsert dan sebagainya pasti mendapat pujian, tambahan lagi di kelilingi peminat wanita.

"Dulu saya pernah di atas mendapat sanjungan ramai tapi kini saya terus berbangga walaupun tidak lagi sehebat dulu. Sekarang ini terdapat ketenangan yang tidak ada pada zaman muda," ujarnya sebelum mendendangkan lagi top Melissa 'Cinta Untuk Nabila'.

"Saya pula walaupun tidak menjadi penyanyi utama Samudera dan hanya pemain gitar utama turut terasa bahang kemasyhuran apabila gambar sering terpampang di dada akhbar. Namun itu hanya sementara dan sekarang jiwa saya benar-benar tenang, " jelasnya yang kini berhasrat mahu muncul dengan Samudera semula tetapi berlainan imej dan penyampaian jika usahanya perbincangan dengan syarikat rakaman membuahkan hasil.



(Gambar: Syed Anwar di malam kesenian Islam)

Penonton walaupun tidak seramai malam konsert rock tetapi kehadiran mereka benar-benar membuktikan kesungguhan untuk memberi semangat baru kepada dua bekas anggota rock berkenaan setelah kembali dengan imej baru di mana Radzi nampak macam ala kumpulan Al-Arqam manakala Syed Anuar macam ala Jemaah Tabligh.

sumber

WALLAHU'ALAM

Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..

12/28/09

Di sebalik Kemalangan Bas Ekspress..






ALI-IMRAN: 185
Maksudnya: `Tiap-tiap yg bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pd hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya...................'

Pertama sekali PENULIS nak mintak semua pembaca2 blog ni agar menghadiahkan AL-FAATIHAH kepada 10 mangsa kemalangan ngeri yang telah berlaku pada awal pagi 26 Disember...

AL-FAATIHAH..




Cerita bermula selepas penulis keluar dari pusat tusyen penulis dekat pekan Baling apabila telefon di dalam kocek berbunyi,

Mama: Iqbal, lepas abis tusyen balik terus tau, mama dengan ayah nak pi tengok orang mati kat Sungai Petani.

Penulis: ok2, sapa yang mati ma (mama)??

Mama: ermm, anak Pak Syed kat tepi rumah mak njang hang tu la, anak dia dua2 orang perempuan (Sharifah Raheel dan Sharifah Hasanah) tu dah meninggal kemalangan bas ekspress..

Penulis: Innalillahiwainnalillahiraaji'uun.. ooo depa tu... ok la ma (mama) abang balik dulu..

Mama: ok, balik cepat2 sikit..

Penulis: insyaALLAH..

Selepas tu penulis terus meletak telefon dan pergi ke stesen bas untuk menaiki bas. Setelah sampai kat rumah, penulis dan keluarga terus bersiap dan pergi ke rumah mangsa kemalangan tersebut iaitu Sharifah Raheel   (Politeknik Kulim ) dan Sharifah Hasanah (SMK Sungai Layar).

Penulis mendapat info bahawa kedua-dua adik beradik itu pergi ke rumah saudara mereka di Damansara untuk menghabiskan masa cuti mereka bersama sepupu mereka di sana dan Sharifah Hasanah yang baru mendapat keputusan PMR sebanyak 6A 3B tidak sempat melihat slip tersebut kerana pada masa itu dia berada di Damansara (sedih jugak la hati ini mendegar). Mereka menjumpai hanphone mangsa dan terus memberitahu ibu bapa mangsa. (tengok, dalam kes ni, handphone menjadi penting).

Akibat pemandu itu terlelap seketika, habis 10 orang menemui ajal mereka apabila bas tersebut telanggar pembahagi  jalan dan semua mangsa merupakan merupakan penumpang dibahagian tingkat bawah bas yang kebanyakkannya sedang nyenyak tidur, tapi kita kena ingat itu hanya musabab (penyebab) kepada kematian mereka yang telah lama ditentukan oleh Allah. Ajal mereka dan kita telah ditentukan pada waktu dan tempat mana mereka dan kita akan mati dan kita sebagai insan yang sangat kerdil ini langsung kita tidak ada kuasa untuk mengubahnya.

 


Penulis tertarik dengan ayat Tok penulis yang sangat bombastik dan bermotivasi yang telah Tok penulis lafazkan kepada ibu kepada 2 mangsa terbabit,

"Kak Pah (mak kepada mangsa), sabarlah la noh, anak2 kita ni sebenarnya selain daripada amanah kapada kita, ia juga merupakan pinjaman kepada kita, yang tuan empunya anak2 kita itu yang sebenarnya ialah Allah S.W.T , jadi, kita kena redho lah dengan segala ketentuan DIA. Kalau kita teriak keluar air mata darah sekali pun, depa tak akan hidup semula." (dalam slank Kedah)

Sebenarnya Tok penulis ada pengalaman yang lebih kurang sama iaitu Tok penulis telah kehilangan seorang anaknya yang pertama (Mak Long) yang meninggal dunia akibat lukeimia dan anaknya yang kelima (Pak cik) yang meninggal pada 20 Ramadan 1996 akibat kemalangan. Kisah pak cik penulis ni istimewa sikit, semasa kematiannya, Tok dan Tok Wan penulis sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji, sebelum dia meninggal pada petang ketika orang lain sibuk menguruskan juadah untuk berbuka puasa, dia naik ke atas untuk pergi ke biliknya dan dia sempat membaca al-Quran, selepas itu dia memberitahu kepada ayah penulis bahawa dia hendak pergi ke kampung sebelah untuk membeli murtabak untuk juadah berbuka, dan dengan kuasa ALLAH, dia terlibat dengan satu kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. (sedih gila bila ayah penulis cerita kat penulis) sebab tu sekarang ni bila penulis nak naik motor masa waktu petang ja, ayah penulis mesti pesan, 'naik motor elok2, tengok btoi2, kereta motor banyak petang2 nih' dan akan marah kat penulis jika tidak memakai topi keledar walaupun dalam jarak yang dekat..

Selepas itu kelihatan kesedihan Ibu Bapa mangsa semakin reda di riak wajah mereka tetapi di hati mereka hanya ALLAH sahaja yang tahu. Abang2 kepada mangsa juga kelihatan tenang tetapi cuba kita bayangkan, jika orang terdekat kita pergi meninggalkan kita tambahan pula dua orang sekali, sungguh pedih sekali untuk menerimanya walaupun riak wajah boleh menyembunyikan kesedihan, tetapi hati terus menanggung kepedihan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Tak lama kemudian penulis pun balik ke rumah..

p/s: Penulis berasa sangat sedih keatas apa yang menimpa keluarga Pak Syed dan meminta agar ALLAH memberi keluarga tersebut kekuatan untuk menempuhi ujian yang telah DIA berikan. Peristiwa itu juga memberikan impak yang besar buat diri ini bahawa nyawa kita akan dijemput pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan olehNYA, oleh itu kita tidak harus leka dengan keseronokan duniawi.

Kematian tak pernah dicari, tetapi ia datang mencari manusia.

Telah berkata Saidina Uthman r.h. - `Takutlah kamu kalau-kalau Malaikat pencabut nyawa mencabut nyawa kamu dalam keadaan kamu tidak bersedia untuk bertemu ALLAH.'


Ya ALLAH! Matikan kami dalam husnul khatimah.

WALLAHU'ALAM

Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..

12/23/09

LICIK : BLOGSPOT & BLOGPOT



 Tahukah anda bahawa betapa liciknya puak2 kristian ini untuk memperdaya ummat Islam dengan hanya dengan kita melakukan sedikit kesilapan sahaja.

Apa yang liciknya?

Haaa, ini dia penulis hendak berkongsi serba sedikit pengetahuan penulis tentang info baru nih. Tahu tak sahabat2 bahawa jika kita tersilap sedikit sahaja menaip url blog2 yang kita nak layari, ia akan terus pergi ke laman dakwah Kristian yang cuba hendak menegakkan benang mereka yang basah iaitu laman BIBLE STUDIES.ORG...

Kalau tak percaya sahabat2 cuba la...contohnya, pada perkataan 'blogspot', jika kita tersilap tertinggal huruf 's' iaitu menjadi blogpot ia akan terus ke laman tersebut..


"Yang Sebenar begini : http://ibnuddin.blogspot.com


tetapi jika tertinggal huruf 's' seperti ini: http://ibnuddin.blogpot.com

ia terus akan membawa anda ke laman tersebut.. "


Jika masih lagi tidak mempercayai, cubalah dengan url blog anda sendiri..


WALLAHU'ALAM






12/22/09

Senang ke 'ADD MATH' ni??



Alhamdulillah PENULIS baru sahaja menamatkan 'Kem Easy Add Math' di SMKA Baling (ala, dekat jugak la dgn rumah penulis). Bagi pendapat penulis, kem tu memang best jugak la dan penulis bagi 4 tahi bintang setengah kat kem ni (sikit2 sudah la)...

Kem ni khas untuk pelajar-pelajar muslim sahaja. Kem ini jugak bukan sahaja hanya sekadar belajar Add Math, bahkan kuliah agama pun ada selepas solat maghrib yang dikendalikan oleh Ustaz Zurin (kalau tak silap) yang warga SMKA Baling menggelarkan dia sebagai 'Syeikh'. Jadi, kem ini boleh dikatakan seimbang jugak la kerana duniawi dan ukhrawi sama-sama di titik beratkan. Penulis tak dapat melampirkan gambar-gambar sepanjang kem itu kerana Pak Su penulis telah meminjam kamera penulis ( kesian kat dia, bagi je la).

Di kem tersebut yang dihadiri seramai lebih kurang 800 orang pelajar dari seluruh pelosok negeri Kedah dan kami telah disajikan dengan semua topik tingkatan 4 Add Math berbekalkan 4 hari 3 malam. Add math yang selama ini menjadi igauan ngeri para pelajar telah bertukar menjadi kurang sukar seperti dahulu (masa zaman baru belajar) kerana kami di situ di sediakan dengan kaedah2 yang penulis rasa cukup mudah tetapi kena amal selalu baru  la senang nak ingat (Doa2 kan la supaya penulis tak mudah untuk lupa segala apa yang penulis belajar kat situ). Para tenaga pengajar dia pun hebat-hebat belaka (tertamanya Cikgu Sallehun) dari teknik pengajarannya yang penulis rasa agak perfect dan berjiwa muda serta pandai menggunakan teknik physicology kepada para pelajar untuk mengubah minda para pelajar bahawa add math itu tidaklah susah sangat. Dikhabarkan kepada para pelajar, bahwa kem Easy Add Math untuk semua topik tingkatan 5 akan diadakan pada bulan 6 pada tahun hadapan, jadi siapa cepat dia dapat kerana tempat terhad.


Anyway, penulis berasa kem ni sangat bermanfaat kepada pelajar2 SPM (Sijil Padang Masyar) dan wajar diteruskan lagi pada masa hadapan.


WALLAHU'ALAM


Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..





12/17/09

Mengapa doa tak dimakbulkan



Baca dan HAYATI kisah ini yang mengandungi 1001 pengajaran buat kita semua. Jangan hanya membaca sahaja tanpa menghayati dan mengamalkannya.

Dalam keseronokan kita pada hari ini, perlu kita lihat yang kita hanya banyak berseronok. Kalau kita berdoa pulak, setakat mengaminkan doa tok imam sahaja dan ada juga yang mwmbaca doa, tetapi tak tahu maksud doa yang dia bacakan itu apa maksudnya.  Kerana doa yang dia baca itu dalam bahasa arab (habis tu macam mana doa nak makbul??).

Dah la tidak tahu maksud, tak mahu pulak berusaha mengetahui maksudnya. Kadang-kadang apabila kita ditimpa musibah, barulah kita hendak berdoa, tetapi alangkah nikmatnya jika sewaktu kita senang dan susah, kita sentiasa berdoa kepadaNYA. Kan doa tu senjata mukmin.

Ada juga yang mengatakan aku dah letih berdoa tetapi tidak pernah dimakbulkan langsung oleh ALLAH. Bersabarlah wahai hamba ALLAH.

"Dan Tuhan kamu berfirman ' Berdoalah kepada-KU, Nescaya AKU akan perkenankan bagi Kamu' "
(SURAH GHAFIR, Potongan Ayat 60)


Hayati kisah ini....

Suatu ketika Ibrahim bin Adham, seorang alim yang terkenal zuhud dan wara’nya, melewati pasar yang ramai. Selang beberapa saat beliau pun dikerumuni banyak orang yang ingin minta nasehat. Salah seorang di antara mereka bertanya, “Wahai Guru! Allah telah berjanji dalam kitab-Nya bahwa Dia akan mengabulkan doa hamba-Nya. Kami telah berdoa setiap hari, siang dan malam, tapi mengapa sampai saat ini doa kami tidak dikabulkan?”

Ibrahim bin Adham diam sejenak lalu berkata, “Saudara sekalian. Ada sepuluh hal yang menyebabkan doa kalian tidak dijawab oleh Allah.

1)Pertama, kalian mengenal Allah, namun tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2)Kedua, kalian membaca Al-Quran, tapi kalian tidak mau mengamalkan isinya.

3)Ketiga, kalian mengakui bahwa iblis adalah musuh yang sangat nyata, namun dengan suka hati kalian mengikuti jejak dan perintahnya.

4)Keempat, kalian mengaku mencintai Rasulullah, tetapi kalian suka meninggalkan ajaran dan sunnahnya.

5)Kelima, kalian sangat menginginkan syurga, tapi kalian tak pernah melakukan amalan ahli surga.

6)Keenam, kalian takut dimasukkan ke dalam neraka, namun kalian dengan senangnya sibuk dengan perbuatan ahli neraka.

7)Ketujuh, kalian mengaku bahwa kematian pasti datang, namun tidak pernah mempersiapkan bekaluntuk menghadapinya.

8)Kelapan, kalian sibuk mencari aib orang lain dan melupakan cacat dan kekurangan kalian sendiri.

9)Kesembilan, kalian setiap hari memakan rezeki Allah, tapi kalian lupa mensyukuri nikmat-Nya.

10)Kesepuluh, kalian sering mengantar jenazah ke kubur, tapi tidak pernah menyadari bahwa kalian akan mengalami hal yang serupa.”

Setelah mendengar nasihat itu, orang-orang itu menangis.

Dalam kesempatan lain Ibrahim kelihatan murung lalu menangis, padahal tidak terjadi apa-apa. Seseorang bertanya kepadanya. Ibrahim menjawab,

“Saya melihat kubur yang akan saya tempati kelak sangat mengerikan,sedangkan saya belum mendapatkan penangkalnya. Saya melihat perjalanan di akhirat yang begitu jauh, sementara saya belum punya bekal apa-apa. Serta saya melihat Allah mengadili semua makhluk di Padang Mahsyar, sementarasaya belum mempunyai alasan yang kuat untuk mempertanggungjawab kan segala amal perbuatan saya selama hidup di dunia.”

WALLAHU'ALAM


Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada aku insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah aku harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga aku dapat berkunjung kembali ke blog anda, insya-ALLAH..

12/7/09

Kuliah Agama di Pasar Tani..



Sebenarnya PENULIS hendak menulis entri sejak minggu lepas lagi, tetapi kita merancang Sang Pencipta yang menentukan, ye lah sekarang ni cuti pun dah tak macam cuti dah kan sebab dari pagi sampai petang pergi tuisyen.

Sebermulanya cerita, begini, tatkala penulis dan rakan karib penulis pergi ke pekan untuk mendaftarkan diri bagi menyertai tuisyen masa cuti, selepas itu, secara kebetulan, hari itu merupakan hari rabu dan di pekan ni kalau hari rabu semestinya di penuhi homo sapiens (nama saintifik manusia) tambahan pula sekarang merupakan musim cuti sekolah kerana pada hari rabu ini terdapat Pasar Tani (lebih kurang pasar malam jgk la cuma waktu siang je) seluruh peniaga-peniaga di sekitar daerah Baling akan berkumpul di sini bagi memperdagangkan  barang dagangan mereka dengan harga yang berpatutan (harga standard org Baling la).

Penulis pun pergi la meronda-ronda di sekitar pasar tani nih kerana bukan selalu dapat datang ke pasar tani ni sebab sejak form 1 lagi dah bermastautin kat asrama tambahan pulak skarang ni jarang balik rumah sebab dah pindah ke SBPI **. Tiba-tiba penulis dan rakan penulis terdengar bunyi seperti orang menjual ubat sebab orang yang jual ubat kat pasar kan selalu guna mic. Setelah semakin dekat, sudah terang lagi tersuluh dengan spotlight bahawa tanggapan kami 100% tersilap kerana yang bunyi semacam orng jual ubat itu rupanya bunyi seorang guru yang sedang mengajar ilmu tauhid kepada pengunjung-pengunjung pasar tani.

Penulis berhenti bersama rakan penulis untuk mendengar seketika kuliah tersebut. Kuliah tersebut di ajar oleh Dr. Jamnul Azhar Mulkan ketika itu dan penulis mendapat maklumat bahawa minggu seterusnya akan dikendalikan pula oleh Ustaz Syeikh Abdul Hamid dan kuliah ilmu tauhid itu menggunakan kitab Baquroh al-Amani hasil karangan Syeikh Ismail al-Fathani atau nama lain dia Pak Ndak E' (dlm slank kedah)-(berdasarkan pengetahuan penulis kerana penulis pernah belajar kitab tersebut).

Penulis terkesima(adik beradik terkejut jgk la) sebentar kerana penulis belum pernah melihat seorang guru agama yang mengajar di tengah-tengah kesesakan manusia atau di pasar. Selalunya apabila menyebut kuliah agama atau ceramah agama secara automatik otak kita akan berfikir bahawa ia akan di lakukan di masjid-masjid atau di surau-surau.

Pada akhir kuliah itu, penulis sempat mendengar ajakan daripada Dr. Jamnul Azhar Mulkan kepada ibu bapa untuk menghantar anak2 mereka yang hendak melanjutkan pelajaran ke timgkatan 1 untuk ke Yayasan Khairiah ( Sekolah Agama swasta) di Kampung Pisang, Kupang kerana ada satu tempat akan dibuka khas untuk pelajar bijak yang mana mendapat 5A dalam UPSR  bagi mempelajari agama dan pada masa yang sama belajar juga aliran sains dan  tempat itu ala-ala Maahad Tahfiz Sains di Kelantan jugak la yang mana para pelajar mesti menghafaz Kalam Allah (al-Quran) dan akan bergelar al-hafiz ketika keluar dari Maahad tersebut. Katanya, misi penubuhan Institusi Pendidikan Tahfiz Sains ini adalah bagi melahirkan ramai lagi golongan 'PROTAZ' (profesional dan pada masa yang sama merupakan ustaz) dan golongan seperti ini lah yang diharap dapat menjadi pemimpin masa hadapan dan golongan ini jugalah yang amat ditakuti UMNO kerana orang tidak faham Islam shj yang akan menyokong UMNO dan golongan yang faham Islam selalunya akan menyokong PAS. Akibat takut kebanjiran golongan ini, banyak usaha telah dan akan dilakukan oleh BN (termasuk rancangan untuk memansuhkan PQS-pendidikan al-Quran as-Sunnah dan PSI-pendidikan syariah Islamiah) untuk membendung golongan ini kerana takut sokongan rakyat terhadap BN akan merosot pada masa akan datang.

Di sisi Masyarakat

Pandangan  masyarakat kita sering berfikiran bahawa ceramah atau kuliah agama mesti di masjid-masjid atau di surau-surau atau benda-benda berkaitan dengan Islam mestilah dilakukan di tempat-tempat tersebut. Pandangan sebegini seharusnya kita 'throw away'(buang) jauh-jauh kerana Islam bukan sahaja di masjid-masjid atau di surau-surau bahkan Islam agama yang syumul ini sebenarnya 'is The Way of Our Life' iaitu Islam ini lengkap untuk dijadikan satu gaya hidup dan merupakan satu cara hidup yang patut kita amalkan. Jika dilihat pada agama lain, mana di ajar dengan terperinci gaya hidup agama mereka tetapi Islam sungguh terperinci sampaikan cara nak tidur pun diajar. Jika sebelum ni kita hanya pandai bermadah shj bahawa Islam is 'The Way of Life' tetapi pemikiran kita masih di takuk yang kuno (lama). Bagaimana di katakan pemikiran kita di takuk yang lama? Buktinya ramai dalam kalangan masyarakat kita hanya  buat ibadat pada bulan puasa (ramadhan) dan pada bulan-bulan lain amat3 kurang kadang-kadang tak buat langsung. Fenomena ini dianggap seolah-olah Allah hanya lah wujud pada bulan puasa shj dan pada bulan-bulan lain tidak. Contohnya cukup mudah, pada bulan Ramadhan la kita baru nak pegang al-Quran dan baca dan apabila baca pulak, tergesa-gesa nak habiskan 30 juzuk sampai tajwid pun ntah ke mana. Bagi penulis, baca cepat-cepat untuk dapatkan 30 juzuk pun tak guna jika sampai boleh membawa dosa pulak kat kita sebab baca dgn tajwid yang salah dan langsung tidak mahu merungkai mesej berharga yang berada di dalam Kalam ALLAH itu.

Pujian

Penulis memuji kepada Pas daerah Baling kerana berjaya menyahut seruan dakwah di mana sahaja dan tidak terhad dengan hanya di Rumah-rumah ALLAH sahaja dan amat memahami konsep 'Islam is The Way of Life'
.
Tanpa kita sedari sebenarnya cara ini juga telah digunakan oleh pendakwah-pendakwah Islam yang terkemuka seperti as-Syahid Imam Hasan al-Banna Rahimakumullah.

Kita boleh berusaha keras merangkul kalangan elit (penguasa) tetapi pada saat yang sama kita juga harus berusaha keras untuk merangkul kalangan yang lemah dan papa. Masih ingatkah kita dengan dakwah Imam Hasan Al Banna rahimakumullah yang dimulai dari warung – warung kopi? Namun pada saat yang sama, beliau juga berusaha mendekati para ulama Al Azhar Mesir.Tidakkah kita pernah merasa bahwa sebetulnya diluar sana banyak sekali orang – orang yang juga ingin merasakan nikmatnya sentuhan Islam? Mereka amat ingin, namun pada saat yang sama mereka merasa minder atau bahkan keindahan Islam yang indah itu adalah Islam yang eksklusif, bahwa Islam yang indah itu hanyalah milik orang – orang terpelajar atau orang kaya saja. Atau lebih tepat lagi mereka menganggap Islam itu kuno.

WALLAHU'ALAM



Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..




12/2/09

Cinta Dan Air Mata: Syarahan Isteri Dr. Abd. Aziz ar- Rantisi

Pelajaran Dari Gaza Untuk Kaum Wanita- SYARAHAN ISTERI DR ABD AZIZ AR RANTISI





Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilahkita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahanIsrael.Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci.

Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.

Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.




Apa yang kita dengar dari berita:

1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.

2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."

3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."

4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.

Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"

Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.

Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.

Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.

Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.



Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka

3. Tidak lemah aktiviti mereka

Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidaktakut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.

Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.

Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan adaseorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.

Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.
Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..

Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.

Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yangbaru.

http://www.palestine-info.info/Ar/DataFiles/Contents/Files/shohada/Rantisi/rantisi5.jpg
Abdul Aziz al-Rantisi (1947-2004)
"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk
 dibedil) oleh Apache".

Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka..

 Mari kita lihat kata-kata hikmah para syuhada' dan insyaALLAH boleh meniupkan semangat kita kembali..

Kembara Syuhada'




Al-Imam Hassan Al-Banna gugur syahid pada 12hb Februari 1949

"sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda/pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."

"Janganlah engkau merasa seolah-olah umurmu masih panjang kerana lamunan seperti itu banyak membawa kepada ajal..."

"Jika kau ingin mencapai kesempurnaan sembahlah Allah semata-mata dan jauhkan daripada menyembah benda-benda lain. Jika kau mencari kebenaran, maka kau dapati setiap benda lain tidak kekal. Yang kekal hanyalah Allah" "Kamu adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi  umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran. Kamu adalah   satu cahaya baru yang memancar yang akan menghancurkan kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah. Kamu adalah suara-suara       lantang yang melaungkan kembali dakwah Rasulullah SAW."

- imam hassan al-banna-


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg8TH8NtyIHLWaMhHSxand_BKTiulMvaXc7lyQXjLRt6L1wJQ7i17DX_iitFexwi4iyJpCW2oh2UrCl8NI9E8MZIdMvozad-2HYkugMi97CNjWCUZUt6KJWsfDDIOHN67a4hKp6BU-dLRH4/s400/180px-Qutb_in_egyptian_prison.jpg
Pesanan Akhir, As-Syahid Sayyid Qutb (senyum ditali gantung) pada 1965

Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulangku yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat mulia ini
Dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku
Taman-taman indah di syurga bangga menerimaku
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan bahagialah hidupku di sana.

Puaka kegelapan pasti ia kan hancur
Fajarkan menyinsing
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.



http://www.palestine-info.info/Ar/DataFiles/Contents/Files/shohada/Rantisi/rantisi5.jpg
Abdul Aziz al-Rantisi (1947-2004)
"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache".



http://newsimg.bbc.co.uk/media/images/45339000/jpg/_45339723_rayyan_ap226.jpg
Dr. Nizar Rayyan (1959-2009)

"Saya katakan kepada kalian agar kalian tenang, seandainya Rantisi, Az Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Sayyam, dan semuanya gugur syahid, demi Allah, kami akan bertambah gemilang dan semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia insyallah Allah roh-roh kita akan berpelukan di sisi Allah



WALLAHU'ALAM

Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..