11/22/15

Mengenali Dia


Sosok badan itu, saya sudah mengenali dia. Sejak di sekolah hingga sekarang.
Dahulu, saya pernah ingat, kami tiada apa yang sama. Berkawan hanya atas dasar ukhuwwah sahaja.  Dia bersama budak nakal, saya bersama budak-budak lain. Dia hebat bermain sukan padang, saya bermain sukan indoor. Banyak yang tidak sama.

Hingga semalam, setelah apa yang yang telah saya rasakan, dengan segala jerih payah saya menghadapi segala mehnah dunia, saya sudah perasan sesuatu.

Saya pergi ke rumahnya, dilayan dengan baik, sebagaimana dia melayan saya sebelum ini. Dahulu saya fikir, agak sukar saya mencarii titik persamaan antara kami. Namun, semalam saya rasakan dia seolah terlalu dekat dengan saya.


Perniagaan.

Walaupun, jasad saya kini sudah terbentang luas merelakan diri untuk cuba yang terbaik dalam bidang perubatan, namun hati kecil saya langsung tidak dapat berbohong.
Tiada lagi yang dapat diselindung. Darah yang mengalir dalam badan saya ini, tetap darah orang meniaga. Ke sahaja pergi, ‘meniaga’ itu sebenarnya sudah sebati dalam diri saya.

Cuma kadang-kadang apabila kita berada dalam ‘zon selesa’ terlalu lama, kita seolah lupa akan keghairahan kita itu. Percaya atau tidak, sejak dari tadika saya telah dididik untuk berniaga, dan semua itu telah didorong oleh keluarga saya.

Bertemunya saya dengan dia semalam, akhirnya membuatkan saya rasa sangat bermakna. Kami berkongsi minat kami bersama, berniaga. Apabila sudah berjumpa dengan orang yang punya cita-cita dan minat yang sama, segala perbincangan bagaikan di awan-awanan keseronokan. Sungguh, bidang ini ramai yang kurang minat.


Terkehadapan.

Walau dia masih baru di bumi anbiyak ini, namun bagaikan suatu keajaiban, dia kini lebih gah berdiri sendiri. Dia menumpukan terhadap apa yang dia minat, maka dengan izin Allah, dia sangat berjaya sekarang.

Tidak dapat bayangkan, batang tubuh yang saya kenali itu, berjaya mengumpulkan lebih dari RM10,000 dalam masa lebih kurang hanya empat bulan. Subhanallah, itu sangat menakjubkan bagi saya.

Bersembang panjang dengannya semalam, membuatkan saya lebih bersemangat untuk kembali cari jalan untuk kembali berjinak kembali dengan bidang ini.


Sebuah Rasa.

Dia seorang yang rendah hati, tidak berkira dengan sahabat-sahabat. Selagi dia mampu tolong dia akan tolong. Sifat yang saya kira lebih matang daripada dirinya yang sebelum ini.
Saya mungkin merasakan saya telah mengalami kesusahan dan ujian getir yang saya hadapi sendiri sebelum ini, tetapi apabila melihat kondisi mehnah orang lain yang lebih besar, barulah kita bersyukur, bahawa Allah hanya ‘mencuit’ hati kita kita sedikit, berbanding dengan orang lain, untuk sedarkan kita yang sedikit terleka.

Masing-masing berkongsi rasa, berkongsi pengalaman hidup. Hidup sebagai seorang dewasa, yang merantau di tempat orang, membuatkan kami jadi lebih matang.
Walau dahulu kami dalam alam yang berbeza, kini kami sama berdiri dalam alam masing-masing, dan mengorak langkah ke arah yang sama.

Masih bersahabat, bersama tsabat. ^^
Masih bersahabat, bersama tsabat. ^^


Wallahua'lam.
Muhammad Iqbal,
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
2.7.2013
6:09 a.m

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter