11/22/15

Sistem Nota


Ketika ini, blog ini, masih kelihatan baru,masih hijau. Mungkin gara-gara pertukaran hosting blog ini, pembaca kian kurang. Namun, itu bukanlah segalanya. Saya yakin dan sangat percaya, apabila kita ikhlas yang sebenar-benar ikhlas untuk jadi manusia yang bermanfaat kepada ummah terutamanya, insya-Allah Allah akan bantu.

Apa yang penting bagi saya sekarang ialah terus menulis dan terus menulis. Biar jadi darah daging. Sampai satu ketika, jika ada manfaatnya, insya-Allah pasti ada juga yang akan membaca.

Suatu ketika dahulu, ketika rasa mahu berhenti menulis, saya rasa benar-benar membohongi diri saya. Sudah memang agaknya, dalam diri saya sudah ada perasaan itu. 
Saya fikir, apa salahnya, jika benar ini salah satu daripada kekuatan saya, ada baik dan bagusnya saya menumpukan kepada kekuatan saya ini, supaya ada manfaat juga buat diri saya ini kepada orang lain.


Sebuah sistem.

Walau saya kini sibuk, sebahagian jiwa saya, ada juga fasal bab penulisan dalam blog ini. Insya-Allah, saya sentiasa bergerak ke arah apa yang saya impikan. Mahu bina diri ini, moga jadi besar , supaya mampu menaggung besarnya impian saya.

Akhirnya, apa yang fikirkan sekarang, ialah mahu menulis dengan sistem baharu. Sistem ini, sudah lama saya fikirkan, dan sebahagian kecilnya sudah saya jalankan secara offline. Namun, setelah berfikir panjang, saya berhasrat untuk terus sahaja menulis secara online di sini.

Tidak kira berapa bilangan pembacanya, saya akan terus menulis. Jika ada sebarang manfaat, ambillah. Jika ada salah dan silap, mohon tegurlah saya yang masih hijau ini.
Sebenarnya, saya inigin membuat sistem nota. Nota yang dibahagikan kepada beberapa jenis, supaya nota itu boleh dikhususkan. Juga paling penting, sebagai catatan saya untuk saya ingat kembali, bangun berdiri kembali, dan jangan pernah lelah berlari.


Nota Medik (NM).
- Nota ini saya ingin ceritakan apa sahaja berkenaan saya sepanjang menceburi bidang perubatan ini. Tidak kisah apa kisahnya, apa pendapat yang mahu saya kongsikan, saya akan tulis di ruang ini.

Nota Jatuh (NJ).
- Nota ini nota penting bagi saya. Nota ini akan jadi rujukan kembali kepada saya. Memulihkan kembali semangat saya saat saya tersembam jatuh. Kisah jatuh bangun saya, insya-Allah di sinilah tempatnya saya luahkan berkongsi.

Nota Usrah (NU).
- Apa sahaja yang saya dapat melalui perkongsian dalam usrah atau apa sahaja program yang bercirikan ilmu, insya-Allah saya akan kongsikan di ruang ini. Bukan apa, supaya ianya kekal di sini, dan saya boleh lihat kembali, apa yang pernah saya dapat.

Nota Charok.
- Pengalaman saya membesar, dari charok hingga kini. Apa-apa yang saya teringatkan dan ingin ceritakan, insya-Allah akan ceritakan di sini.


Moga tsabat.

Setakat ini, insya-Allah ini sahaja yang saya fikirkan perlu. Moga-moga saya dapat istiqamah menulis di sini. Setakat mana yang termampu, insya-Allah saya akan usahakan. Moga Allah beri taufiq dan hidayah untuk saya menulis semua ini. Paling penting, semoga usaha kecil saya ini diredhai Allah.

Doakan saya.

tangga usaha
Impikan yang tinggi-tinggi, terus mendaki walau lelah.
Wallahua'lam.
Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
8.6.2013
1:37 a.m

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter