Cerita Dari Masjid #1
Usai solat isya'.
Melepas nafas menerus teleku.
Aku lihat sebelah kiri, ada seorang anak kecil. Comel lagak dan wajahnya. Duduknya seakan duduk tahiyyat akhir, sambil terkebil-kebil melihat lelaki di sebelahnya. Segala gerak geri lelaki disebelahnya itu, diikuti dengan penuh taat, walaupun agak tunggang terbalik.
Itu situasi biasa di masjid-masjid sekitar metropolitan Kaherah.
Majoriti anak-anak kecil dibawa ke masjid oleh bapa mereka, walau kadang-kadang sedikit nakal, tetapi atas asbab pentarbiyahan untuk menghamba diri pada Allah dan mencintai masjid itu perlu sejak kecil, maka masjid juga adalah tempat terbaik untuk anak-anak kecil belajar.
Aku yakin lelaki disebelah anak kecil tadi merupakan ayahnya, kerana wajah mereka seiras. Saat ayahnya belum lagi menyelesaikan solat, anak comel itu sudah pun mendahului ayahnya, memberi salam dengan lagak kanak-kanak yang masih hijau umurnya.
Sesudah ayahnya memberi salam, ayahnya melihat anaknya itu. Lalu, tangannya membelai belakang anaknya itu sambil mengeluarkan kalimat manis dengan bibir menguntum senyum.
"Anakku, bagus sungguh solat kamu tadi..."
Sambil membalas senyum pada ayahnya, dia juga berkata, "Solat kamu pun bagus tadi...".
Sungguh manis. Aku jadi terharu mendengar dua insan itu bermadah.
Dengan senyuman, ayah anak kecil itu memimpin tangannya ke belakang bagi memberi ruang untuk lain solat pula.
Saat aku ingin mengangkat kaki keluar dari masjid, aku lihat sang ayah dan anak bersandar di sisi dinding masjid dan berzikir bersama-sama.
Oh indah.
Muhammad Iqbal.
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
2118
130514
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
2118
130514
No comments:
Post a Comment
Apa buah kata anda?
Page Blog ini : Fb Page
Twitter Saya : My Twitter