[Nota Masak] [Nota Niaga]
Seni memasak laksana seni berniaga.
Orang memberi petua begitu begini, orang memberi panduan itu dan ini, kita merujuk di sana sini.
Tetapi, untuk menghasilkan sesuatu segar dan menghilangkan segala cliché, ada sesuatu perkara yang perlu diambil berat, iaitu INOVASI.
Inovasi menghakis segala yang basi. Mampu mencipta semula evolusi.
Inovasi juga simbolik besar otak yang berfikir. Tidak hanya bergantung kepada orang lain dan bina acuan kita sendiri. Ini perkara besar dalam masakan dan perniagaan.
Kebergantungan yang tinggi kepada orang lain yang lama akan membuat kita hanya di takuk lama, tidak bergerak, kaku.
Semacam darah yang tidak mampu bergerak laju secara normal dalam salurnya disebabkan thrombosis, ia bakal menjahanamkan sedikit demi sedikit perkara lain. Ini benar-benar bahaya.
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
El-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
1906
240514
El-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
1906
240514
No comments:
Post a Comment
Apa buah kata anda?
Page Blog ini : Fb Page
Twitter Saya : My Twitter