11/22/15

Inovasi Niaga


 [Nota Niaga 4]
 innovation

Tiada salah jika kita pergi ke seminar apa sekali pun, yang penting perkongsian ilmu dan pengalaman si penyampai itu untuk diserapkan kepada kita dan seterusnya diamalkan.

Tetapi dalam perniagaan, kita tidak boleh terlalu sama hampir sama dengan orang lain. Itu antara perkara yang perlu dielakkan.

Jauhi Red Ocean, tetapi bina Blue Ocean Strategy.

Maksudnya lebih kurang begini, bak kata mendiang Steve Job, bekas CEO Apple, 'if we can't compete, just do it better'.

Jadi, kita ini mesti menjadi 'observer' dan 'innovator' yang terbaik.

We observe and absorb. Then we create and innovate.

16212573-business-innovation-concept-in-word-tag-cloud-on-white-background


Pertama :
Kita lihat macam mana cara orang jual. Lihat denga. mata zahir dan mata hati.
We observe.


Kedua :
Kita bertanya kepada mereka pengalaman dan apa kesalahan yang pernah mereka lakukan, jadi kita belajar.
We absorb.


Ketiga.
Kita perlu mulakan bisness kita secepat mungkin, jangan terlalu bertangguh, bina sahaja dengan apa yang ada, janji mula.
We Create.


Keempat :
Jangan buat terlalu atau hampir sama dengan perniagaan orang lain, tetapi perlu ada sedikit innovasi dan lakukan perkhidmatan yang lebih baik daripada orang lain semampu baik kita.
We innovate.


Inovasi.

Walau ayah seorang guru, tetapi disebabkan memang datang daripada keluarga yang berniaga, ayah selalu juga bercerita tentang perniagaan.

Katanya, "Apabila kita pergi ke tempat orang, lihatlah bagaimana cara  mereka berniaga. Walau hanya ke pasar malam, lihat cara mereka berniaga. Selepas itu, masukkan elemen baik yang kita dapat, dan inovasikannya supaya ianya jadi sesuai dengan keadaan tempat kita jadi lebih baik daripada mereka.

Ianya berulang-ulang dan akhirnya saya ingat pesan itu hingga kini.

~Hamba mentah yang tiada tahu~

07_despreneur_quotes_steve_jobs
Wallahua'lam.
Muhammad Iqbal
#notaniaga
1641
280114

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter