11/22/15

Beli Buku Dari Luar Negara Tanpa Kos Pos

[Mata Bukuan]

"Buy international books, without shipping cost."

Bidang buku, kekadang tidak mahu jauh daripada saya.

Berlari ke mana sahaja, tetap akan jumpa buku.

Hatta bidang medik sekali pun, harus bermandi buku.

Dan beberapa hari yang lalu, saat saya baca satu blog ulasan buku, bukan sahaja ulasan-ulasan yang diutarakan sangat asyik dan mengenyangkan, bahkan juga saya menemukan maklumat menarik ini.

Ianya pasti berguna buat penggila buku. Beli buku English yang sukar jumpa di Malaysia, dan boleh dapatkannya dengan harga buku tersebut, dan terus dihantar ke Malaysia tanpa sebarang kos penghantaran sekali pun.

Wah, hebat!

Saya sendiri belum cuba beli. Tapi melihat tawarannya, seakan ianya benar dan boleh dipercaya.

Sesiapa yang punya pengalaman beli, boleh berkongsi di ruangan komen. Mana tahu, dah ada rezeki lebih nanti, boleh la cuba beli.

Oh ya, saya terjumpa dari blog Puan Nisah Haron yang dia pernah beli buku di bookdepository, kiranya sudah ada satu testimoni yang meyakinkan. Boleh lihat di SINI.

https://www.fishpondworld.com/
http://www.betterworldbooks.com/
http://www.bookdepository.co.uk/

These websites from abroad offer no shipping cost worldwide;
you just pay for the books, free shipping.

Sekian.

image


Muhammad Iqbal.
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
2333
040914

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter