" Eh, kenapa bila hang cakap dengan aku, hang asyik sembang pasai kahwin, pasai jodoh, pasai akhawat?
Dia masih lagi muka kering, sekering biskut marie.
" Aku pun tak tahu. Dengan orang lain aku jarang cakap benda-benda macam ni, tapi bila sembang dengan kau je aku sembang benda macam ni."
Terkedu.
" Oh, kat aku jugak hang bubuh noh. "
* * *
Malam itu, jika hendak diikutkan kalender masihi, itu malam terakhir dia berumur belasan tahun.
" Hoi, hang nampak file physio aku dak, time nak guna la nak cari tak jumpak..."
Sambil terus meneroka dan terus menyelak-nyelak.
" Dak. " Jawapan ringkas menandakan kekhusyukannya sudah mencapai tahap 'qad aflahal mukminun'.
" Larrr, hat ni jugak yang aku jumpak..."
" Apa dia?"
" Sijil Kursus Nikah. Hahaha. "
* * *
Lazimnya, berjumpa senior yang sudah berkahwin, sembang yang ada potensi untuk dipanjangkan, tiba-tiba menjadi perkara yang mesti diringkaskan. Entah.
" Assalamualakum, abang sihat noh.."
" Waa'alaikumussalam, alhamdulillah sihat je...Ahli beit semua ada?"
" Ada ja semua..."
" Diorang sihat? "
" Alhamdulillah, setakat hari ni depa semua sihat ja..."
" Tak pe la, ana nak kena pergi dulu ni..."
" Oh tak pa, ada masa free mai la rumah."
" Insya-Allah..." Sambil berjalan.
Sang senior berhenti.
" Eh, ana tengok enta ni dah tak lama dah..."
Dia mengangkat kening hairan.
" Tak lama pa bang?"
" Haaa, ada la..."
Dalam hati, dua sahaja dia fikirkan. Satu, dah tak lama sangat dah nak hidup di dunia fana ini. Kedua, dah tak lama nak berpasangan hidup.
* * *
" Kau nak tahu ciri-ciri orang yang nak kahwin macam mana?"
" Apa?"
" Dia senyap je, tak bincang pun pasal kahwin sangat. Tup tup dah ada pengumuman."
" Ooooo. Patut enta senyap noh."
* * *
STOP.
![]() |
Bukan mudah mahu bina sebuah rumah. |
Wallahua'alam.
Muhammad Iqbal.
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
4.3.2013.
10.19 p.m
hehe.topik ni mmg best dlm umur2 camni.dah lepas tahap ni lain pula isu yg jd keutamaan. memang, memang bukan mudah mahu bina rumah;)
ReplyDeleteYa, itu nama kita masih normal.
ReplyDeleteHehe.
Topik pencerah mata.
" Bukan mudah mahu bina rumah, lagi pula rumah penuh peradaban. Rumah yang dirahmati dan redha Allah. "