Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Pagi itu pagi yang biasa-biasa.
Ada exam kedua, selepas Anatomy minggu lalu. Kali ini
Histology pula. Buku-buku berkenaan puas ditatap, agak puas dibaca, dibuat
latihan. Namun, tika fasa berserah diri bertawakkal kepada Allah tiba, hati
entah apa rasanya. Rasa yang begitu pelik, selalunya tidak seperti ini.
Mulut cuba berselawat kepada Kekasih Allah, namun rasa pelik
itu tetap ada. Rasa yang indescribable. Pelik sungguh. Rasa itu sedikit sebanyak,
mempuakakan hati ini. Rasa takut. Entah mengapa.
Setelah beberapa minit perjalanan, Tremco berjaya mendarat
dengan jayanya di hadapan pintu utama Universiti Ain Shams. Kemudiannya,
sebulat suara mahu berehat sebentar di masjid hospital di hadapan pintu masuk universiti
memandangkan jam yang dijeling tadi menunjukkan masih awal lagi untuk masuk
lecture hall.
![]() |
Pintu Utama |
Sekumpulan kami berkumpul di masjid itu. Masjid itu sentiasa
menjadi tempat belajar dan lepak kami. Suasana yang tenang dalam masjid, tidak
ada tolok bandingnya dengan yang lain, termasuk shopping complex!
Tatkala semua dalam masjid, semua masing-masing membuat
persiapan akhir membaca buku atau nota-nota dengan penuh kesungguhan dan
kekhusyukan. Saya juga turut serta mengkhusyukkan diri. Kira-kira 15 minit
sebelum peperiksaan bermula, ramai yang semakin beransur ke dewan kuliah. Saya
masih duduk membatu di tepian tiang menatap nota-nota akhir.
Habis saja semua, nampak seakan saya seorang saja yang
tinggal di samping ada dua lagi sahabat yang terkehadapan sikit. Saya pun terus memakai kembali stoking yang
ditanggalkan tadi. Lalu, laju saya bergerak ke rak kasut yang terletak dekat
sahaja dengan saya.
Melihat rak kasut itu yang seakan tiada lagi seri kasut F50 hitam
hijau muda saya, saya jadi sedikit gelabah. Mana tidaknya, hanya lebih kurang
10 minit sahaja lagi exam akan dimulakan.
“ Inna lillah wa inna ilaihi raaji’un…. Allah dah tarik balik….”
Saya terus berlari memanggil dua orang kawan yang baharu
sahaja melangkah keluar pintu masjid.
Panggilan keempat barulah mereka sedar. Seakan blur, saya minta mereka cetuskan
idea bagaimana saya mahu ke dewan kuliah memandangkan masa yang suntuk dan dan
jarak kedai yang memakan masa yang mengerikan. Selepas dua tiga idea
dilontarkan, akhir ada cadangan paling style telah dipersetujui, Alhamdulillah.
“ Hah, kau ambik je la slipper jamban masjid, habis exam
letak la balik”.
Dengan wajah kesenyuman bersalut sedikit duka di hati, terus
tergesa-gesa masuk ke dewan kuliah. Tiada patah ayat lain yang saya ingat tika
itu, hanya beberapa patah ayat suci al-Quran yang terus menerobos tajam ke
dalam minda, memujuk hati nan lara. Bermain laju ayat-ayat itu.
“Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar:
(Iaitu)
orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:
"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali."
Mereka itu
ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan
mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk
hidayah-Nya.”
( Surah al-Baqarah :
155-157 )
Walau diri ini yakin dengan segala yang telah ditetapkan
Allah, namun hati kecil masih tegar meronta, entah dari mana perasaan begitu datang
pun tak tahulah. Ia tak dapat dinafikan, sedikit sebanyak agak mengganggu saya
menjawab soalan-soalan essay ketika itu. Ah, mengapa ini semua terjadi..
Seperti biasa, anak ini pasti memberitahu kondisi dirinya
kepada ibu tercinta, walau jauh berlainan benua, namun dekatnya hati kami hanya
Allah sahaja yang tahu, moga-moga terubat sedikit apa-apa yang terluka. Nasihat
dan keprihatinnya tiada tolok bandingnya. Tajam menujah jiwa lara. Doanya jadi asset
utama.
Dari Suhaib radhiyallahu
‘anhu, Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:
"Pelik
sekali keadaan orang yang beriman; semua urusannya baik, tidak berlaku
sedemikian itu kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat mereka akan
bersyukur, maka syukur itu baik bagi mereka, jika ditimpa kesusahan pula,
mereka bersabar, maka sabar itu baik bagi mereka."
[Hadis riwayat
Muslim: 2999]
Jarang saya meluahkan sesuatu peribadi di sini. Saya tak terlalu kisah sangat dengan sirnanya calitan hijau muda F50 saya, cuma yang saya kisah ialah Histology saya. Moga tiada apa yang buruk berlaku. Na'uzubillahi min zaalik. Doakan kejayaan saya dalam final exam ni, masih ada beberapa lagi exam yang perlu saya hadapi.
# Di Mesir, kasut biasanya akan di letakkan dalam masjid bagi mengelakkan risiko besar kecurian.
# Kecurian kasut itu sesuatu yang boleh saya sifatkan terlalu biasa jika di sini. Semuanya perlu dijaga rapi, andai hilang juga, terima saja dengan redha.
Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo.
# Di Mesir, kasut biasanya akan di letakkan dalam masjid bagi mengelakkan risiko besar kecurian.
# Kecurian kasut itu sesuatu yang boleh saya sifatkan terlalu biasa jika di sini. Semuanya perlu dijaga rapi, andai hilang juga, terima saja dengan redha.
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo.
humm..xpalah nak buat camna.. nanti beli baru f60 pulak.. jgn risau bnda yg Allah ambik tu maksudnya dia nak bg benda lain la tuh
ReplyDeleteyg suruh ambik selipar jamban tu Hadi ka? kahkah dia ada kat depan kami ni masa tgh baca =p
Menulis dan berkongsi Sesuatu yg bersifat peribadi di dalam blog itulah sesuatu yang datang terus dari hati.
ReplyDelete=)
Patah tumbuh hilang berganti.Pasni parking selipar, baca bismillah, siapa curi dosa besaq.
Yui :
ReplyDeleteSaya tak kisah langsung dengan F50 tu, serius. Memang itu bukan milik hakiki saya, bila Allah ambik kena redha saja la.
Saya hanya terlalu risaukan paper essay saya ja. Ini sangat serius!
Haha, kantoi, saya malas nak mention nama orang sebab ada yang tak suka disebut.
:p
Sidratul Muntaha :
ReplyDeleteHihi, memang insya-Allah direct daripada hati.
Kat sini kalau kasut hilang tu suatu perkara yang biasa, dan memang terlalu biasa. Memang kalau dah jaga elok tapi kalau nak kena tu kena lah jugak.
=)