5/1/11

Nak Buat Maksiat?


 Assalamuaaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Ibrahim Bin Adham berwasiat : “Jika kamu mahu menerima 5 perkara serta mampu melaksanakannya nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi iaitu :

1. Apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia maka janganlah kamu memakan rezeki-Nya.


2. Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepadaNya maka jangan sampai kamu memijak bumi-Nya.


3. Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayahNya maka sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya di mana tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat.

4. Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu maka cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah.

5. Jika pada hari kiamat nanti ketika malaikat penjaga neraka datang kepadamu untuk membawamu ke neraka maka usahakan untuk menolaknya.


Sekadar itu renungan kita pada kali ini, semoga bermanfaat ye~


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



6 comments:

  1. Allah...rasa mcm xlayak diri ini berada di bumi Mu ya Allah...-_-

    ReplyDelete
  2. Saya suka blog ni. sbb tu saya jadi silent reader. tapi untuk post ni, saya kena celah2 sikit. hehe. post ni sentap... huhu... mmg menginsafkan :(

    ReplyDelete
  3. iqbalsyarie : syukran kerana menjadi pembaca blog ini, silent reader pun ok je, tak dak masalah, sebenarnya, saya pun merupakan silent reader jugak kpd blog abg..hihi

    saya teringat, saya pernah bagi tazkirah kat sekolah dulu dengan menyatakan syarat-syarat ini...hmm, indah sungguh waktu tu..

    ReplyDelete
  4. terbaik punya entri.. nampak gayanya bro dah semakin matang.. hehe

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana sentiasa berkongsi ilmu buat kami...hebat sungguh entri ini, sungguh terkesan buat diriku...

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter