5/21/11

Ke Mana Aku Selepas Ini..


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Kemana aku selepas ini? Ke alam mana. Alam barzakh. Ya, itu pasti. Sangat pasti, tidak dapat lagi dihalangi.

"Tiap-tiap umat mempunyai ajal ( batas waktu) ; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepat sesaatpun pun ."
Firman Allah Ta'ala (al A'raaf:7:34)

" Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)." Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?"
(An Nisaa`: 78)

Itu soal lain yang perlu kita selalu ingat. Tetapi kita yang masih diberi peluang menghela udara-Nya, sudah semestinya perlu meneruskan perjuangan kita dalam segenap aspek mengikut kemampuan kita. Huh, aku sebenar-benarnya kurang suka untuk ceritakan soal peribadi aku di blog, tapi apabila difikir kembali, insya-Allah ia juga mampu memberi manfaat buat insan lain.

Ok, apa sebenarnya yang aku nak ceritakan ni ialah berkenaan soal penyambungan pengajian aku selepas ini. Alahai, rasa berat jugak untuk bercerita dengan anda semua. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan...

Alhamdulillah, walaupun selepas aku dapat keputusan SPM aku agak tersentak seketika kerana kurang cemerlang berbanding kawan-kawan yang lain mendapat Straight A's, tetapi aku reda dan gembira kerana aku masih dapat gembirakan hati ibu bapa aku. Alhamdulillah, membuat ibu bapa gembira memberi satu kepuasan dan nikmat kepada aku, syukurlah.

Selepas menunggu tak berapa lama, aku pun mulalah meng'apply' segala macam biasiswa ( itu yang penting, sebab aku bukanlah kaya sangat ), IPTA, IPTS dan macam-macam lagi. Matlamat aku pada waktu itu, mintak sahaja apa yang ada, tak kira minat atau tidak, kerana pada aku, zaman sekarang, minat itu bukan lagi prioriti malahan ianya boleh dipupuk sehingga rapi. Ye la kan, result aku bukanlah terlalu gempak sangat. JPA pun tak dapat. Hmm.

Minat aku semasa tingkatan 4 dan awal tingkatan 5 ialah berkaitan dengan kejuruteraan. Namun, ayah aku seakan memberi hint kepada aku lebih kurang 2 bulan sebelum SPM menjelma. Hint yang bagaimana? Berdasarkan perbualan aku dengan ayah, ayah seakan-akan mahu aku 'menerjah' ke arah bidang kedoktoran. Tak kiralah, dentist atau betul-betul ambil dalam bidang doktor perubatan, kedua-duanya boleh. Ayah aku pun berceritalah kebaikan-kebaikan jika mengambil dalam bidang tu. Hmmm. Setelah itu, minda aku jadi berubah. Jika dahulu, aku selalu ja tengok Physics, sekarang pulun lebih kepada Biology, ye la kan, subjek Biology aku pun tika tu, bukan la bagus sangat, jadi, memang kena pulun. itulah kehebatan ayah aku, jika beliau katakan sesuatu atau cadangkan sesuatu, aku akan jadi terus minat dan kadang-kadang paksa minat. Dan melalui 'paksa' minat tu, akhirnya, ia akan jadi lebih sayang. Alah, macam mula-mula solat masa kecik-kecik dulu la kan, mana la ikhlas pun, hanya paksa diri dan dipaksa, dan akhirnya, terlentur jua diri kita.


Tunggu punya tunggu, akhirnya tawaran pertama tiba. Ianya daripada Akademi Laut Malaysia ( ALAM ). Panggilan untuk Sponsorship daripada mereka dalam bidang engineering. Temuduga tersebut berlangsung di Melaka. Oleh kerana macam-macam perkara yang tak dapat dielakkan, aku tak pergi pun temu duga tu. Ada jugak kawan-kawan aku yang pergi. Mama pun berat untuk izinkan, lagipun aku hanya apply saja, tak minat pun. Hihi.


Tak apa, aku pun meneruskan kerja biasa, memohon dan terus memohon. Banyak jugak IPTS yang telefon dan hantar surat berduyun-duyun untuk tawarkan pengajian. Tetapi, IPTS kan memerlukan pengorbanan wang yang banyak, manalah aku mampu.

Alhamdulillah, semasa di Selangor, mama menghantar mesej berupa TAHNIAH! Ya, permohonan aku diterima oleh Kementerian Pelajaran dan aku dikehendaki menghadirkan diri di satu temuduga di Sungai Petani untuk bidang Fizik bagi Program Pelajar Cemerlang ( PPC ) yang menawarkan penghantaran pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.( Boleh lihat pengalaman temuduga tersebut di sini.).
Akhirnya, apabila tiba masa untuk semak sama ada aku terpilih atau tidak tempoh hari, ya, aku sekali lagi gagal di situ. Tak mengapa, ada hikmah besar disitu aku fikir. Bersangka baiklah dengan Allah.


"Dan boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu". 
(Al-Baqarah: ayat 216 )

Dari Jabir bin Abdillah r.a bahwa dia mendengar Nabi S.A.W berkata tiga hari sebelum wafatnya : "Jangan seorang di antara kalian mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” 
(H.R Muslim)


Lagi, aku juga mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Matrikulasi. Kali ni, Kolej Matrikulasi Kedah, Changloon. Agak dekat dengan sekolah terakhir aku dan aku pernah menjejakkan kaki ke situ. Terasa cemuih atau bosan la jugak kalau masih belajar di sekitar tu. Jadi, aku hanya menunggu keputusan UPU, sama ada dapat atau tidak bidang yang aku impikan.

Hari berganti hari, dan keputusan UPU diumumkan. Bidang Asasi Pergigian yang saya mohon di UIAM tak dapat. Alhamdulillah. Ada hikmahnya tu. Saya hanya dapat bidang Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer. Fuh, dengan rendah hatinya aku menolak kedua-duanya, Kolej Matrikulasi Kedah dan UIAM.

Habis tu nak pergi mana??

Sat, sat. Sabar. Dulu aku ada cerita kat blog ni yang aku ada menghadiri temuduga untuk Biasiswa Jabatan Zakat Negeri Kedah ( JZNK ) kan. Ingat tak? Tak ingat, klik SINI. Haa, dah ingat kan? Alhamdulillah. Berkat kesabaran dan doa ayah dan mama, aku berjaya dalam temuduga tersebut. Dan seterusnya akan membawa aku untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang perubatan. Alhamdulillah. Subhanallah wa bihamdihi, Subhanallah al-A'zim. Syahdu hatiku menerima berita tersebut daripada pihak JZNK. Menitis air jernih dicelahan kelopak mataku, mama dan ayah. Syukur yang tak terkira. Dahulu Kau uji aku dengan kesedihan tetapi sekarang Kau uji aku dengan keseronokan. Alhamdulilllah. Bidang perubatan amat aku minati sekarang. Mindaku kini banyak dibelai dengan buku-buku berkenaan dengan bidang tu yang sebelum ni memang aku tak tahu sangat pasal bidang tu berbanding kawan-kawanku.

Terima kasih Allah, terima kasih mama dan ayah, terima kasih kawan-kawan. :)


Iqbal :

1) Tak lama lagi insya-Allah aku akan sain aggrement.

2) Doakanlah aku berjaya dunia dan akhirat  :)


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.

13 comments:

  1. Alhamdulillah...
    Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya...
    Ujian diberi tanda kasihNYA...
    Tahniah...

    "Salam Juang"

    ReplyDelete
  2. Alahmadulillah............tahniah iqbal..
    semoga terus berjaya dunia dan akhirat..apa pun yang terjadi berjalanlah tanpa henti,dan jangan pernah mengalah walau apapun yang berlaku..

    ReplyDelete
  3. kalau masuk Uia, jadi junior saya la :)

    Goodluck :)

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah ukhwah fillah..
    Alhamdulillah, tahniah dan takziah atas dugaan musibah dan nikmat dariNYA..
    Selamat menempuh alam belajar yg baru nmun xkan lari dari wujudnya pelajar dan guru..Jadilah pelajar yg baik ya..
    Jazakallah,,perkongsian yg sgt baik..

    ReplyDelete
  5. miss cahayahidayah : insya-Allah..

    SayaBaik : hihi, insya-Allah, terima kasih ye kak.

    amalinalleyes : sama-sama..terima kasih juga buat kakak atas pesanan tersebut..

    ReplyDelete
  6. salam,hamdan lillah,tahniah! berkat doa+sabar+tawakal..senyuman kejayaan dah muncul :)all the best,doktor!

    ReplyDelete
  7. Tahniah !!!
    Benarlah janji Allah, Kita bantu agama Allah, Allah bantu kita balik..
    Subhanallah, walaupun anda x berjaya dpt stret A, tp anda terpilih utk belajar di bumi anbiya', dlm perjalanan utk menjadi seorang doktor.. Gdluck anda all da best..

    p/s : Bagi saya, sebenarnya kejayaan dan kegagalan adalah ujian drpd Allah.. Jika kita gagal, Allah nk tgok kita brputus asa x drpd rahmat-Nya, menyalahkan takdir x.. Jika kita berjaya pula, Allah nk uji kita, kufur nikmatkah kita.. Lupa pada-Nya kah kita.. Jadi, sentiasalah kita beringat, tujuan hidup kita di dunia ini semuanya hanya kerana Allah.. Wallahua'lam ~ ^^

    ReplyDelete
  8. Syafawani : Alhamdulillah, disebalik kesusahan ada kesenangan. Thnks future teacher :)


    Anonymous : Syukran.Ya, sangat setuju dengan, "Benarlah janji Allah, Kita bantu agama Allah, Allah bantu kita balik".

    Percayalah, itu insya-Allah benar!

    "Pelik sekali keadaan orang yang beriman; semua urusannya baik, tidak berlaku sedemikian itu kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat mereka akan bersyukur, maka syukur itu baik bagi mereka, jika ditimpa kesusahan pula, mereka bersabar, maka sabar itu baik bagi mereka."
    [Hadis riwayat Muslim: 2999]

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, tahniah Iqbal..

    teruskan usaha! (:

    ReplyDelete
  10. Nazihah@Jiha : Insya-Allah..terima kasih ye kak :)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter