2/27/11

Bayangan 30K Pemuda Subuh

Gambar sekitar himpunan 30K pemuda pas di Kedah baru-baru ini.

Nota : Bagi sesiapa yang belum mengetahui maksud huruf 'K' kat belakang 30 tu, mai sini aku nak bagi tau. Yang di maksudkan dengan 'K' tu ialah tiga kosong ( 000 ) kerana 'K' tu bermaksud kilo. Jadi, kilo kan mempunyai tiga kosong ( 000 ). Justeru, 30K bermaksud 30 000.



Sejak beberapa hari yang lalu, aku berasa pagi aku sunyi. Sangat sunyi. Mana taknya, apabila aku ke surau untuk solat berjemaah, ternyata hanya aku sahaja yang ada, walaupun azan subuh sudah dikumandangkan. Kadang-kadang aku hanya berjemaah bersama ayahku. Di kawasan pekan tempat aku ni, aku rasakan penduduknya melebihi 5000 orang. Di manakah mereka??? Tak kan lah speaker kat surau ni tak bunyi atau belum cukup kuat. Yang hairannya, rumah aku yang terletak lebih kurang 700 meter dari surau tu pun boleh dengar. Ni orang yang tinggal sebelah surau pun aku tak pernah tengok mereka hadir ke surau.

Sabda Rasulullah S.A.W :

"Sekiranya manusia mengetahui betapa besarnya ganjaran yang terdapat pada seruan azan dan saf yang pertama dan mereka tidak dapat memperolehinya melainkan dengan mencabut undi, maka mereka akan mencabut undi untuk mendapatkan kelebihannya, dan sekiranya manusia mengetahui besarnya ganjaran solat Zohor pada awal waktu, nescaya mereka akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya dan jika mengetahui ganjaran solat Isya' dan Subuh nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak"
( H.R Bukhari dan Muslim )



" Mahukah kamu aku tunjukkan suatu amalan yang boleh menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat? Para sahabat berkata, 'ya Rasulullah!'. Baginda memberitahu mereka antara amalan itu adalah banyak melangkah ke masjid"
( H.R Muslim )



Igauan 30K

Sejak aku tidak dapat pergi ke perhimpunan 30K pemuda Pas di Kota Sarang Semut, Kedah baru-baru ini
(mungkin ada hikmahnya ),  minda aku terus dihinggap pula dengan kehadiran 30K pemuda subuh. Nasib baik kawan baik aku hadiahkan satu baju pemuda tu, nama dia Nasrullah. Aku mendapat info daripada kawan-kawan aku yang pergi ke sana, jumlah pemuda-pemuda yang hadir sememangnya lebih daripada 30K. Oleh itu, aku beranggapan pemuda kini sedang bangkit mencari kebenaran. Tidak terlepas, aku juga mengharap pemuda-pemuda Islam negara kita juga terus dihargai dan digunakan dengan sebaik mungkin. Ajak lagi pemuda-pemuda hari ini kearah kebaikan kerana merekalah penerus generasi masa hadapan. Paling penting, pihak kerajaan tak kiralah kerajaan pusat atau kerajaan negeri, banyakkan aktiviti yang boleh melekatkan para pemuda dengan rumah Allah. Kerana bermula di masjid-masid dan surau-surau lah kita dapat melihat kekuatan penduduk di kawasan tersebut. Kalau tengok keadaan masjid-masjid dan surau-surau hampeh ja dan di tambah pulak dengan sunyi daripada majlis ilmu, memang sah la, keadaan Islam di tempat tersebut sudah umbang ambing.


30 000 Pemuda Subuh

 Aku melihat usaha pihak Pas yang mengadakan himpunan tersebut boleh dievolusikan lagi. Dikembangkan lagi bagi membentuk generasi muda yang soleh dan solehah. Pokok utama yang perlu diambil berat ialah soal agama dalam diri mereka. Memperkasakan dan mengaktifkan kembali jiwa mereka yang kian mendap dek hedonisme yang teruk melanda belia kita pada hari ini. Solat. Ya, solatlah langkah pertama bagi mengaktifkan mereka kepada Allah dan menjauhkan mereka dengan perkara dan perbuatan maksiat yang lain. Selepas itu kekalkan momentum mereka dengan penuhi majlis-majlis ilmu, tak kira di mana pun hatta di gerai burger pun boleh. Aku ingin sangat melihat para pemuda kita kembali tunduk kepada Penciptanya.

Teringat aku kepada kata-kata Imam Hassan al-Banna kepada pemuda :

"Sesungguhnya aku amat meridui seorang pemuda atau pemudi yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah.."



p/s : Sedih melihat kawan-kawan kampungku. Satu pelan tindakan perlu dirancang dengan teliti. Aku merindui pemuda subuh....

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

11 comments:

  1. bangun bangun bangun! ~teringat pula

    ReplyDelete
  2. tak cukup lagi tu yad, kena ambik deodorant dgn hanger katok apa yang patut bagi depa bangkit..

    ReplyDelete
  3. honggaq-honggaq katil.. round 2 3 kali dah tapi tak mangket2...

    ReplyDelete
  4. haha, ketegaq sungguh noh, ni mesti ampa tengok bola semalam ni..

    ReplyDelete
  5. teruskan usaha mentarbiyah dan ditarbiyah wahai rijal2 ummah, pewaris solahuddin al Ayyubi dan sultan Muhammad Al Fateh

    ReplyDelete
  6. salam....baru jumpa blog ini....pengisian yang bagus dan menarik...teruslah bangkit wahai anak muda!

    ReplyDelete
  7. blog ni memang banyak pengisian... penulisnya menulis berdasarkan pengalamannya.. memang bagus dan menarik =)

    ReplyDelete
  8. aku hanya menulis setakat ilmu sejemput yang diberikan Allah. Semoga Allah berikan aku kekuatan untuk terus menulis..

    ReplyDelete
  9. PEMUDA.. itulah kuasa seorang PEMUDA.. mereka bukan seperti pemuda biasa-biasa, bukan juga lelaki dalam kebanyakan manusia, tetapi merekalah PEMUDA harapan BANGSA, RIJAL impian AGAMA..

    "Harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu 'Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!!"

    - Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab

    ReplyDelete
  10. Selamat Hari Jadi IQBAL...(lambat ker? :-D)

    ReplyDelete
  11. terima kasih cikgu, tak apa tak lah lambat sangat..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter