3/4/11

Hidayah ALLAH


Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Semalam rakan aku menelefon aku untuk mengajak aku menyertai kelas Spoken English. Apabila ditanya siapa gurunya, dia berkata seorang India yang baru masuk parti PAS. Guru itu kehilangan banyak kontrak setelah memasuki Parti Islam Se-Malaysia itu. Aku hanya setuju untuk menyertai kelas itu. Kerana aku tahu hakikat kepentingan Bahasa Inggeris.

 Hari ini, sebelum solat Jumaat tadi, bilal masjid ada mengumumkan satu berita gembira buat penduduk qariah (kampung ). Beliau khabarkan bahawa seorang bangsa Cina telah memeluk agama Islam. Si dia ialah Ah Loi, seorang peniaga kedai hardware di pekan Kuala Pegang. Jiwa, ini pantas mengucap syukur atas nikmat yang begitu besar itu. Minggu depan akan diadakan kutipan wang untuknya. Penduduk kampung diminta bersedia untuk membawa wang pada minggu hadapan bagi memberi sumbangan kepadanya. Alhamdulillah, selepas ini semakin bertambah la saudara kita..

Bercakap tentang muallaf ini, aku teringat kisah pengislaman Hafiz Ng. Aku dapat kenal dangan Hafiz Ng ni bila aku baca majalah i dalam segmen hidayah tahun lepas. Berikut aku kutip dekat blog beliau, semoga bermanfaat~ :

Cara-cara yang sesuai untuk “Follow-up” seorang saudara muslim ( mualaf ) .

(oleh Hafiz Ng)


1. Sahabat Mualaf.

Maksudnya kita perlu menjadi sahabat kepada mereka kerana kita akan mendengar segala rintihan, kegelisahan, masalahan mereka. Dengan ini mereka akan dapat meluahkan perasaannya. Tekanan dalam jiwa mereka akan berkurangan.

2. Pengalaman Mualaf.

Maksudnya kita perlu banyak menanyakan masalah mereka dan cara-cara mereka mengatasinya. Perlu diingatkan bahawa bukan kita yang memberikan idea kepada mereka melainkan mereka tidak dapat mencari jalan keluarnya. Kaedah begini adalah untuk melatih mereka supaya lebih matang.

3. Konsultasi Mualaf (Permasalahan sosial mualaf , desakan dan dorongan moral).

Maksudnya kita perlu sentiasa memberikan dorongan kepada mereka supaya mereka dapat meneruskan hidup sebagai seorang muslim. Kalau kita tidak mahir memberikan dorongan kepada mereka,……sekurang-kurangnya kita katakanlah..”saya akan sentiasa bersama dengan kamu dalam mengatasi masalahnya”.

4. Panduan Mualaf (Pembelajaran)

Dalam kita menyelesaikan masalah mereka maka ilmu agama perlu juga diserapkan kepada mereka. Perlu diingatkan bahawa kita jangan banyak menyentuh masalah “ini haram itu haram” kerana ini akan menyusahkan mereka. Berikanlah keutamaan tentang akhlak dan akidah muslim. ( sumber )



BERLAKON... Hafiz Ng  sebagai seorang doktor dalam Filem "Mualaf" terbitan Yasmin



Mengajar Mualaf.(Kisah Benar) ~ oleh Hafiz Ng ~
Mengajar kelas
Yang sedang berdiri tu la Hafiz Ng.


Pada suatu ketika dulu semasa saya sedang mengajar saudara muslim yang baru memeluk agama Islam di kelas Fardhu'ain maka timbullah satu pertanyaan saya kepada salah seorang pelajar yang agak tua sikit iaitu

"Tuhan itu ada atau tidak ada?"

Maka pelajar itu menjawab :

"Ada tapi sudah mati"

Saya terkejut apabila ia kata begitu lalu saya tanya kepada beliau lagi

"Kenapa kamu kata begitu?"

Dia menjawab " Ada satu orang melayu ajar saya "Tuhan itu ada lawannya tiada".

Saya pun tanya lagi...apa yang kamu faham tentang maksud itu?

Dia menjawab "Tuhan itu mula-mula ada kemudian gaduh-gaduh lawan... mati jadi tiada.

" Pada ketika itu hati saya nak ketawa pun ada, nak marah pun ada...macam-macam sampai tak tahu nak cakap apa lagi. Itulah ceritanya yang cukup-cukup melucukan.

Disini kita mendapat satu pengajaran iaitu kaedah mengajar kepada saudara baru tidak boleh disamakan dengan kaedah mengajar kepada anak-anak melayu kita kerana saudara kita ini ada yang "educated", ada yang tidak, ada yang tidak berapa faham dengan bahasa melayu dan sebagainya. ( sumber )

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter