Alhamdulillah PENULIS baru sahaja menamatkan 'Kem Easy Add Math' di SMKA Baling (ala, dekat jugak la dgn rumah penulis). Bagi pendapat penulis, kem tu memang best jugak la dan penulis bagi 4 tahi bintang setengah kat kem ni (sikit2 sudah la)...
Kem ni khas untuk pelajar-pelajar muslim sahaja. Kem ini jugak bukan sahaja hanya sekadar belajar Add Math, bahkan kuliah agama pun ada selepas solat maghrib yang dikendalikan oleh Ustaz Zurin (kalau tak silap) yang warga SMKA Baling menggelarkan dia sebagai 'Syeikh'. Jadi, kem ini boleh dikatakan seimbang jugak la kerana duniawi dan ukhrawi sama-sama di titik beratkan. Penulis tak dapat melampirkan gambar-gambar sepanjang kem itu kerana Pak Su penulis telah meminjam kamera penulis ( kesian kat dia, bagi je la).
Di kem tersebut yang dihadiri seramai lebih kurang 800 orang pelajar dari seluruh pelosok negeri Kedah dan kami telah disajikan dengan semua topik tingkatan 4 Add Math berbekalkan 4 hari 3 malam. Add math yang selama ini menjadi igauan ngeri para pelajar telah bertukar menjadi kurang sukar seperti dahulu (masa zaman baru belajar) kerana kami di situ di sediakan dengan kaedah2 yang penulis rasa cukup mudah tetapi kena amal selalu baru la senang nak ingat (Doa2 kan la supaya penulis tak mudah untuk lupa segala apa yang penulis belajar kat situ). Para tenaga pengajar dia pun hebat-hebat belaka (tertamanya Cikgu Sallehun) dari teknik pengajarannya yang penulis rasa agak perfect dan berjiwa muda serta pandai menggunakan teknik physicology kepada para pelajar untuk mengubah minda para pelajar bahawa add math itu tidaklah susah sangat. Dikhabarkan kepada para pelajar, bahwa kem Easy Add Math untuk semua topik tingkatan 5 akan diadakan pada bulan 6 pada tahun hadapan, jadi siapa cepat dia dapat kerana tempat terhad.
Anyway, penulis berasa kem ni sangat bermanfaat kepada pelajar2 SPM (Sijil Padang Masyar) dan wajar diteruskan lagi pada masa hadapan.
WALLAHU'ALAM
Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..
Wah bagus la enta menganggap Matematik Tambahan tu tak susah. Sebenarnya mmg senang pun.
ReplyDeleteSiapa yang berusaha, Insyaallah berjaya...
Buat di SMK Agama Baling ya.... Lama ana tak ke sana... Last ke sana beberapa bulan yang lalu.
kem nie mmg besh pun...
ReplyDeletepernah pegi gak kat SEMESTI thun lpas..
+math susah?
mula2 mmg ye,pastue ble laz2 mnit nak SPM mula jatuh cinta ngan +math.
add math sgt besh...xsusah pom..
ReplyDeletejanji bt omwork..rindu nye add math..hehe[agak poyo~]
add math ni satu benda yang subjektif.... ade mase mmg senang.... ada masa mmg susah.... ape2 pon, kne set dalam minda yg ia adalah snang...
ReplyDelete