4/28/18

Isti'jal



Anak muda, memang.
Banyak sabarnya cangkat.

Disuruh berlembut, dikata sudah letih berlembut. Nabimu berlembut lebih banyak dari berkeras. Kerana sudah diingatkan ALLAH, berlembut itu lebih mudah diterima.

Baru lima peratus lembutnya, disangka sudah sembilan puluh lima peratus. Ditimbang atas neraca kasar, kerana itulah timbangannya tersasar.

Waduh.
Sabar, anak muda.

Disuruh jangan tergesa-gesa, dikata sudah lama kita berlama-lama. Gerak kerja Islam sifirnya tidak sama dengan sifir kerja dunia. Yang diberatkan gerak buat yang benar, natijahnya biar DIA tentukan.

Berlama-lama baru lima peratus, sudah dirasa seratus peratus. Ditimbang di atas neraca gesa, timbangannya juga gesa-gesa.

Sabar, anak muda.

Sabarmu itu akan jadi indah bila engkau sedar setiap sabar itu tidak kesepian tanpa tepi.
Sabar itu ada ALLAH. Kerana itu di setiap kesabaran itu, ALLAH akan selalu bersamamu.

Sabarmu banyak menggambarkan celik intelekmu.

_____
Muhd Iqbal Samsudin 
180418
#ibnuDDin

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter