5/1/18

Tenggelam Dalam Perkataan



Kau pasti tak percaya
jika aku katakan yang
aku sedang tenggelam
bahkan lemas
dalam lombong perkataan.

Ia lemas yang tak dapat kaubayang
kerana lemas dalam perkataan
tak buat kau mati, tapi menafaskan hati
tak buat kau terkapai-kapai menanti ajal,
tapi terkapai memaknakan aqal.

Satu jarak, satu selang,
satu koma, satu titik,
boleh merobah
setiap gerak makna




1646, 300418

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter