3/1/17

Dua Empat



Dua Empat.




Apa dan Kenapa.


Cukup sebatas ini, apa?
Cukup sebatas ini, kenapa?


Apa dan Kenapa,
selamanya akan bertembung,
bercakaran sesama sendiri,
takkan henti menumbuk rasa ingin tahu,
demi sebuah jawapan yang telah tertulis.


Bertembunglah setinggi mana pun,
Bercakarlah secalar mana pun,
Rebel-lah sejalang mana pun,
jawapannya jawapan yang telah tertulis.


Tiada.
Jawapannya ada, iaitu Tiada.
Kerana Tiada itu ada, pada Penulis merangkap yang mencipta.


Yang ada pada sa-orang pejalan, ialah yakin.
Lalu, yang perlu hanya, jalan.
Menuju DIA.


Tanpa henti.



______
Muhd Iqbal Samsudin
1909, 280217
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.



No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter