11/26/15

Tundukkah?

Sudah lama terpendam satu soalan. Lalu hari itu, aku tanyakan juga pada seorang sahabatku yang telah memikul tanggungjawab sebagai suami.

"Nabi sabdakan yang kahwin tu boleh tundukkan pandangan. Jadi, mengikut pengalaman hang, betul ka?"

"Bagi aku, betul. Itu yang aku dapat rasakan sekarang. Rasa lebih damai dari dulu."

"Kira kalau nampak perempuan seksi, memang tak bergelora dah ke jiwa muda macam zaman bujang dulu?"

"Untuk diri aku macam tu la. Kita akan rasa isteri kita merupakan nikmat terindah kurniaan Allah, tak perlu dah melihat perempuan lain. Syukur dengan kurniaan itulah menguatkan aku menundukkan pandangan."

“Wahai para pemuda, sesiapa di antara kalian sudah mampu untuk bernikah, maka bernikahlah. Kerana, bernikah lebih dapat menundukkan pandangan dan lebih dapat menjaga kemaluan (dari melakukan perkara-perkara yang haram). Sesiapa yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa kerana puasa dapat mengekang syahwat.” 
[Hadis Riwayat Muttafaqun ‘Alaih dan Ibnu Majah]

Muhammad Iqbal.
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
2053
150115

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter