11/26/15

Malasan

Ketika itu, aku berjalan pulang daripada hospital bersama dua orang. Seorang yang sama umur denganku, belajar di Tanta. Seorang lagi senior kami, Abang Nazmi, yang kini telah selamat bergraduasi dan sudah pun bertugas sebagai seorang doktor di Johor.

Teringiang-ngiang juga pesan kata Abang Nazmi.

"Kita ni bukanlah bodoh, tapi kita ni malas. Malas nak baca dan ulangkaji. Itu saja kelemahan kita."

Kata itu adalah kata harapan dan kata sedar untuk kami. Dan apabila aku rasa malas hari ini, aku kenang kembali pesan itu. Lalu apa yang terdetik dari benakku, tidak lagi 'aku bodoh', tetapi 'aku masih punya harapan kalau aku rajin'.

Perlu juga kita sedar, mahu jadi rajin juga bukan mudah. Pasti diuji. Pasti!

Ujian itu pastinya datang dalam pelbagai jenis gangguan yang sedia mengganggu gugat usaha kita.

Tapi, penawar mujarab bagi malas ialah satu, hanya dengan melawan.

Ayuh diri, lawan malas!

Nyahkan segala gangguan!

Hasbiyallahu wa ni'mal wakeel.


Wallahua'lam.

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
1216
200115

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter