11/27/15

3 Saranan HAMKA Dalam Mengarang


[Nota Tulis]

Sebelum ini, pernah saya kongsikan tips menulis daripada HAMKA yang saya petik di blog Puan Nisah Haron.

Kali ini, saya dapatkan kaifiat menulis HAMKA, daripada pembacaan saya melalui buku HAMKA Pujangga Islam Kebanggaan Rumpun Melayu, yang dinukil oleh anaknya sendiri, Rusydi HAMKA.

Saranan-saranan ini dicurahkan sendiri oleh HAMKA kepada anaknya itu, dan dicatat kembali dengan gaya cerita yang menarik.

Ringkas sahaja. Tapi bagi saya, cukup membekas dan berkesan.

Mari kita lihat.

[1]
Jangan berlengah, terus karang dahulu dengan segala ilham.


[2]
Tuliskan apa yang dilihat, dialami dan dirasakan.


[3]
Di kemudiannya, baru lengkapkan penulisan dengan pembacaan kita.


Allah jua yang paling tahu, Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
2026
230115

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter