11/26/15

8 Tips Menulis Daripada HAMKA

[Nota Tulis]


Tiba-tiba hari ini, terlintas pula mahu membaca blog Puan Nisah Haron, seorang penulis prolifik terkenal yang telah berhenti sebagai peguam dan menjadi penulis sepenuh masa.

Kebetulan, hari ini saya dapati ada entri baharu, bertarikh awal bulan September 2014. Namun begitu, saya rasa sudah hampir setahun saya tidak membaca blog miliknya itu.

Jadi, dengan serba sedikit masa terluang, saya baca kembali entri-entri yang saya belum baca sebelum ini. Subhanallah, penuh isi, padat dan mampat. Beliau banyak berkongsi seputar isu penulisan, sastera dan buku-buku. Semuanya yang kena dengan jiwa saya.

Antara yang ingin saya kongsikan di sini ialah beberapa petua penting dalam menulis, yang diberikan oleh seorang ulama' dan sasterawan ulung nusantara, HAMKA atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Bin Abdul Karim Amrullah.

Nah, semua tips beliau ini masih segar hingga kini. Moga sama-sama beri manfaat buat kita dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu tinggi.

Sosok telah banyak berjasa buat ummah
[Kredit : aomineblog]




[1] 
Jelas dengan tujuan menulis 
menetapkan pendirian bagi mencapainya.


.


[2]
 Apabila sudah berniat untuk menulis, 
tulis segera dan usah bertangguh.


.



[3]
Membaca buku-buku orang lain 
supaya dapat memberi kekuatan 
untuk penulis.


.


[4] 
Sentiasa memperbaiki,
menambah dan mengembangkan karya.


.


[5]
Usah tunggu sehingga menjadi penulis yang sempurna untuk mula menulis. Kesempurnaan akan datang secara berperingkat-peringkat.


.

    
[6]
Penulis mesti melangkaui zaman.


.


[7]
Semangat yang turun dan naik 
di dalam penulisan bersifat sementara.


.


[8]
Bergantung haraplah kepada Tuhan 
sebagai punca rezeki dan sumber ilham 
yang paling utama.




______
Muhd Iqbal Samsudin
El-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
1253
100914

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter