2/25/12

Siri 9 : Hening Subuh

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Syukur. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Mata yang letih ditambah pula dihempap 'syaitan-syaitan' subuh. Berat, berat... Sakit melawan dari dalam. Hari-hari memang begitu. Masih di katil. Masih tak mampu lagi untuk ucap doa bangun tidur.

Terlintas laju.

" Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat ISYAK dan SUBUH berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan MERANGKAK."
( H.R Bukhari dan Muslim )

Merangkak. Oh, itu sudah cukup untuk kita bayangkan bahawa pahala kedua-dua solat itu cukup besar ganjarannya. Mahu apa lagi?

Terngiang kalam al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki tempoh hari. Ketika kita melangkah menuju ke masjid untuk solat berjemaah, seluruh tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan mendoakan kesejahteraan kita. Allah, Allah..

Tumbuh-tumbuhan senantiasa bertasbih memuji Allah, kita?


Bangun bagaikan pendekar. Lawan punya pasal, doa pun kadang-kadang lupa nak baca. Syaitan menang dari sudut itu. Ah!

Muhammad terus ke bilik air. Siap seringkas mungkin, as simple as usual. Padanya, perkara mudah tak perlulah dibuat payah, just do it simply. Dah lambat, lepas tu buat complicated pulak, memang lambat la jawabnya. Terlepas banyak perkara. Rugi!

Jam sudah 5.35 a.m. Dah lewat sangat ni. Lewat 5 minit. Masbuklah gamaknya. Jarak ke tempat yang dituju bukanlah dekat sangat. Seperti kebiasaan lewat, kaki secara automatik pantas berlari selepas keluar daripada rumah. Berlari walau berjubah putih. Subuh subuh ni bukan ada orang duk usha sangat pun.

Berlari sampai letih. Sambung berjalan kaki. Bahang winter masih jelas terasa walau sudah pakai sweater paling tebal.

Kenapa pergi ke masjid tu sedangkan banyak lagi masjid lain? Masjid tu special bro. Ada Syeikh mengajar kitab Muwatta' lepas subuh. Bukan lama pun. Paling lama pun lebih kurang 10 minit sahaja. Itu sahajalah masa yang paling ideal untuk belajar agama. Masa lain sibuk gila kot, tak sempat! Tahu la pelajar medik, baca buku saja memanjang.

Ya, bi tau'an au karhan, suka atau benci, itu amanah. Amanah daripada penaja, amanah daripada ibu bapa. Jangan lupa aulawiyat.

Kalau 10 minit pun takut nak luangkan untuk belajar ilmu agama, beratlah tu. Kamu itu di Mesir. Yakin sahaja, Allah pasti membalas kita dengan keberkatan masa pada waktu-waktu kita yang lain.

Cari la perkara-perkara yang kita sukar dapat di Malaysia. Apa? Antaranya, belajar dengan para Masyaikh. Besar berkatnya insya-Allah!

Sesungguhnya, apabila berfikir soal amanah, laptop pun takut hendak dibuka. Hanya memikirkan soal buku dan ilmu sahaja. Takut sangat!


Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Al-Ahzaab 33:72)



Jangan tidur.

Tidur lepas subuh. Tidur lepas asar. Kedua-dua waktu prima untuk tidur, terutamanya lepas subuh. Ianya juga  waktu mega untuk ayah Muhammad jika ada dalam kalangan anak-anaknya tidur dalam waktu tersebut.

'Buatlah apa sahaja yang tak dilarang syara' pada waktu itu, kecuali tidur!' Itu yang selalu ayahnya cakapkan.

Carilah satu atau lebih amalan untuk dibuat selepas subuh, tak kisah walaupun ianya hanyalah amalan kecil. Janji istiqamah, itu yang signifikan!

Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, 
"Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan terus menerus walaupun sidikit.". 
(HR Bukhari dan Muslim)

Hening-hening subuh. Doakan berada dalam ahli jemaah subuh. Itu bukan satu kejelikan, tapi satu kekuatan!

" Masakan kita punya cita-cita besar untuk bangunkan Islam, tapi diri sendiri tak berupaya untuk bangun subuh berjemaah."

Paksa diri. Cari kelebihan-kelebihan solat subuh berjemaah. Usah risau soal ikhlas atau tidak setelah memaksa diri. Kerana, keikhlasan itu datang bermula apabila kita selalu praktiskan.


Wallahua'lam.



Muhammad Iqbal.
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


6 comments:

  1. takut aku baca entry ni..haha

    cantik gambaq tu... boleh jadi part time photographer (pujian)

    ReplyDelete
  2. @ yui92 :

    laaa..takut pasai pa la?

    photographer tu dah lama dah jadi, cuma tak dak duit ja nak beli deselar ( DSLR )..

    ReplyDelete
  3. bangunlah!! entri membangun nih.;)

    ReplyDelete
  4. ust pahrol kata
    orang nak p solat subuh jalan beriringan dgn org bkn Islam yg nak p jogging, tapi kebanyakan masa orang yang p jogging tu lebih ramai drp yang nak p subuh tu..

    ReplyDelete
  5. PC :

    wa ma taufiiqi illa billah. Moga sentiasa diberi taufiq oleh Allah untuk beribadah kepada Allah.

    Acap :

    Oh, sungguh dahsyat perbandingan itu. Malu!

    ReplyDelete
  6. salam..kalau muslimat,pergi tak ke masjid untuk subuh berjemaah..??kalau tidak,waktu bila muslimat hadiri majlis ilmu(kalau student medic)...??~trima ksih..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter