8/8/24

TO PROVIDE

Tak kuminta hidup yang susah, tapi aku sedar aku belum di syurga.

Tak kuminta aku menyusahkan, aku terkadang terpaksa menebal muka meminta pertolongan.

Terpaksa.

Tak kisah, asalkan anak bini boleh makan dan tak terasa kesusahan.

Hati sa-orang suami, dia akan sedaya upaya mahu 'provide' untuk pastikan anak bini tak kelaparan, tak terbeban, akan buat apa saja untuk cari duit halal dengan cara apa sekali pun.

Dia ada perjuangan dia yang tak semua orang akan faham, asalkan tak mengundang murka ALLAH.


Sedari melafazkan akad, dia sudah sanggup menganggung segala beban perit yang bakal dihadapi, kerana dia sedar setelah lafaz itu terakad pasti ibadah terpanjang ini akan teruji, sudah menjangkakan jalan dihadapan akan ditaburi kesusahan dan keperitan, tapi walau apa yang berlaku dia harus bahagia bersama, itulah yang paling penting, mesti bersama.

Senyum walau ditoreh derita.

Dunia ini sudah cukup segalanya bila kita ada...

ALLAH

dan

Rasul


_____

Dr Muhd Iqbal Bin Samsudin

Gurun, Kedah

1742H, 8/8/24


No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter