3/23/22

Hanya Ingin Dengan-NYA


Aku tak layak digelar dengan apa-apa gelar, kerana aku sangat-sangat kerdil. Bukan merendah diri, tapi ternyata diri ini terlalu ‘rendah’.


Tapi hidup ini tak percuma teman, harus ada perjuangan, tak kisah sebesar mana perjuangan itu, perlu jadikan diri sa-orang yang bermanfaat pada insan lain.


Aku memilih al-Quran. Kerana inilah kecintaanku. Aku hanya ingin selalu dengan-NYA; masa lalu, sekarang dan selama-lamanya.


Guru al-Quranku pernah sebut, “Ana harap enta tak tinggal al-Quran lepas balik Malaysia.”


Jikalau tak kerana para guru-guruku(termasuk ibu bapaku) yang selalu mendoakanku, selalu mengajarkanku, selalu ingatkanku, mungkin aku akan terus melupakan al-Quran. Namun berkat usaha merek, inilah hasilnya, cintaku pada al-Quran tak main-main.


Jadi tekadku, akan aku cuba istiqamah dengan al-Quran walau sesibuk mana pun aku, dan berkongsi ilmu al-Quran semampuku, di semua medium yang aku ada. 


Buat masa sekarang, perkongsianki mungkin di page FB (ibnuDDin.com) dan YouTube (Dr Muhd Iqbal Samsudin) kemudiannya akan mula buat video di Tiktok, insyaAllah. Suatu hari nanti, cita-cita aku ingin mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.


Aku kerdil dan terlalu kecil sangat apa yang aku tahu tentang al-Quran. Moga yang kecil-kecil itu dapat dimanfaatkan sebaiknya. Moga ini jariah terbaikku di sana nanti, moga ALLAH nur-kan hatiku dan keluargaku dengan nur-NYA yang maha indah, Moga ALLAH ajarkan kami lagi atas segala yang kami tidak ketahui.


Doa-doakan saya ya, ini cita-cita besar saya. Ini cinta saya pada al-Quran, pada Allah dan Rasul.


Aku hanya ingin dengan-Nya. Sungguh.


____


Dr Muhd Iqbal Samsudin

1155H, 230322

SPPV HTF, Kangar, Perlis

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter