3/31/22

Soal Masa Yang Terbazirkan

 Soal Masa


Soal masa adalah soal hidup.


Bila saja kita terleka, kita alpa, kita akan terus terjerumus ke lembah kerugian; kita telah merugikan kehidupan kita.


Yang telah berlaku dan berlalu maka biarlah ia pergi dan ambillah pengajaran.


Yang di hadapan, hargai dan berkerja keraslah untuk menjadi produktif.


Selagi kita tak sedar betapa besar nikmat masa lapang dan nikmat sihat, selagi itulah kita tak akan jadi sa-orang yang produktif.


Semuanya perlukan ilmu dan kesedaran.


Ulama’ dahulu kala hingga ke hari ini adalah model terbaik dan penyampai motivasi terbaik untuk kita bangkit dan hargai masa lapang kita.


Ulama’ dahulu kurang sangat tidur mereka, bukan kerana ‘decrease need of sleep’ atau ‘bipolar’, tetapi kerana mereka terlalu jaga masa mereka supaya tak terbazirkan, bahkan makan pun makanan yang lembut supaya cepat dikunyah.


Kita hari ini fikir nak makan apa pun sudah berjam-jam lamanya. Ya Allah jauhnya kita dengan kehidupan mereka.


Moga kita semua jadi sa-orang mukmin yang faham nikmat masa lapang dan nikmat sihat, moga kita kekal produktif hingga akhir hayat kita.


Hidup kita ini bukan untuk kita saja, tapi untuk Allah dan Rasul, untuk ummat.


Moga Allah redha dengan kita.


______

Muhd Iqbal Samsudin

Masih belajar menghargai masa.

#ibnuDDin

0950, 310322

SPPV HTF, Kangar, Perlis

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter