11/26/15

VTE Pembunuh Utama Berbanding AIDS di UK dan US


Semasa dalam usaha mengedit manuskrip berkenaan Fiqh Perubatan, aku terjumpa satu singkatan atau abbreviation yang aku tidak tahu. Seperti biasa aku cuba cari info berkenaan singkatan itu, dan ingin berkongsi secara ringkas apa yang aku dapat.


Apa itu VTE?

VTE ialah singkatan daripada Venous Thromboembolism. Iaitu keadaan yang  terhasil dengan gabunganDeep Venous Thrombosis (DVT) dan Pulmonary Embolism (PE).



Lalu, apa pula yang di masudkan dengan DVT dan PE?

DVT merupakan pembentukan darah beku dalam salur vena yang terletak di bahagian dalam (deep vein) seperti salur vena kaki dan pelvic.

Komplikasi yang lebih teruk ialah apabila darah beku pada DVT ini, bergerak pergi ke paru-paru dan akhirnya menyebabkan terjadinya Pulmonary Embolism (PE).

VTE adalah satu kondisi yang sangat biasa berlaku dan boleh membawa maut. Anggota badan bahagian bawah (lower extremity) yang terjadi DVT, mempunyai 3% kadar kematian yang berkait dengan PE (PE-related). Selalunya, pesakit yang menghidapi Pulmonary Embolism ini, mempunyai 30 hingga 60 peratus kemungkinan untuk mati di sebabkan kondisi itu.

DVT

PE




Adakah VTE lebih bahaya daripada AIDS?




Di United Kingdom dan United States, VTEs adalah penyebab utama kematian berbanding AIDS, kanser payudara, kanser prostate dan kemalangan jalan raya.

Pada pendapat aku, mungkin sifat VTE ini yang datang tanpa disedari itu, menjadikan ia pembunuh senyap, berbanding penyakit-penyakit lain.

Nasihat buat diri aku sendiri, jaga-jagalah pemakanan, kurangkan pengambilan makanan yang banyak kolesterol jenis LDL (bad cholestrol), dan banyakan makan yang banyak kolestros jenis HDL(good cholestrol)




Rujukan :

Hopkinsmedicine.


April 2014

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter