11/22/15

Tenung

[Nota Diri] [Sipongang Monolog]

Aku renung.

Aku tenung.

Aku termenung.

Yang luar mampu aku nampak, yang dalam belum tentu tidak semak.

Kadang, perlu aku ingatkan diri setiap hari.

Hari-hari

Saat melihat buku nota di penjuru meja, aku sambar sambil membaca kembali syair itu.

Ketika lalu di jalanan, aku baca lagi di dinding sekolah. Walau dinding di Mesir merupakan 'street toilet' kebanyakan rakyatnya, namun selepas aku baca tulisan itu, aku jadi segar, kembali mengingat pesanan ulama' agung itu.

* * *

# شكوت الى وكيع سوء حفظي

# فأرشدني بترك المعاصي

# وأخرني بأن العلم نور

# ونور الله لا يهدى لعاصي


# Aku mengadu kepada Waqi'(guru Imam Syafi'e) berkenaan buruknya hafazanku.

# Dia menunjukkan kepadaku supaya meninggalkan maksiat.

# Dia memberi tahu kepadaku bahawa ilmu itu CAHAYA.

# Dan CAHAYA TUHAN tidak diberi kepada pelaku maksiat.


* * *

Pesan-pesan itu terus mekar zaman berzaman.

Kerna, kita ini, bukanlah belajar hanya pada saat dipanggil 'pelajar' sahaja.

Tetapi, terus belajar dan belajar, hingga berseorangan berpindah ke alam barzakh.

Bukankah kita semua, pelajar 'universiti kehidupan'?

Tidak terbilang sejak nafas pertama hingga saat kini, sudah berapa banyak pelajaran sudah kita dapat dalam hidup ini.

Buka.

Bukalah.

Bukakan mata hati itu.

Buka.

image

Muhammad Iqbal
Abbasiya, Cairo.
1121
200814

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter