[Nota Medik]
Kepala makin berat, membuat soalan cases yang terlalu banyak membuatkan rasa loya datang meruah-ruah. Inilah penangan final exam. Tambah-tambah pada tahun tiga ini, terlalu banyak yang perlu dibaca, difaham dan dihafaz. Serius sakit.
Sebelum merawat orang sakit, perlu diri sendiri dulu bersakit-sakit.
Selepas studi grup, saya cuba mencari video berkenaan bronchiectasis di You Tube. Alhamdulillah, saya menjumpainya. Bahkan penerangan dan animasinya sangat membantu insan yang tak larat nak baca buku seperti saya. Best!
Jika ditanya apakah sebenarnya penyakit bronchiectasis ini, beginilah penerangannya.
"It represent chronic necrotizing suppurative infection of bronchi and bronchioles leading to or associated with permanent abnormal dilatation of these airways"
Dua sebab ringkas dan utama bronchiectasis yang boleh disimpulkan ialah berpunca daripada infection(jangkitan) dan complete obstruction. Untuk lebih lebih terperinci boleh tengok video atau melalui bacaan lain.
Di bawah video tersebut, saya terbaca komen seorang penghidap bronchiectasis. Beliau menceritakan pengalaman beliau menghidap bronchiectasis dan akhirnya menemui penawar setelah berikhtiar mencari penawar lain selain antibiotik.
Saya jadi teringat dengan hadith daripada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.
Direkodkan daripada Jabir radhiyallahu'anhu, Rasulullahi sallahu 'alaihi wasallam bersabda,
"Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila ubat itu sesuai dengan penyakit, ia sembuh dengan izin Allah."
[Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad]
Usamah bin Syarik melaporkan daripada Rasulullahi sallallu 'alaihi wasallam dengan bersabda,
"Seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam apabila beliau mendapat penyakit,'Wahai Rasulullah, adakah kami perlu berubat?'. Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, 'Ya, wahai hamba Allah. Hendaklah kamu berubat. Sesungguhnya Allah tidak menjadikan penyakit melainkan ada penawarnya."
[Hadith Riwayat Tirmizi, dinilai sebagai Hassan dan Sahih]
will be update/added later...
0621
310514
No comments:
Post a Comment
Apa buah kata anda?
Page Blog ini : Fb Page
Twitter Saya : My Twitter