11/22/15

Jom al-Kahfi!




[Nota Diri - nota ringkas]

Surah al-Kahfi banyak sangat ayat?

Tak mampu buat banyak, buat dulu sikit-sikit, tak ada masalah pun.
Atau boleh buat secara berperingkat.

Kita boleh pecahkan kepada beberapa portion(hanya cadangan), mengikut kisah dalam surah al-Kahfi ini.
Pertama : ayat 1 - 31 (Kisah ashabul kahfi)
Kedua : ayat 31 - 59 (Perumpamaan dan Peringatan Allah)
Ketiga : ayat 60 - 82 (Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir)
Keempat : ayat 82 - 110 (Zulkarnain & Yakjuj wa Makjuj)

Bacaan Surah al-Kahfi ini, boleh mula dilakukan sejak malam jumaat lagi, kalau sebelum ini kita dah selalu baca yaseen, sekarang boleh cuba amalkan al-Kahfi, sunnah beb.

Kalau dapat tadabbur sekali dengan terjemahan lagi terbaik. Kerana, al-Quran ini bukan setakat untuk dibaca, tetapi untuk difahami dan diamalkan dalam kehidupan, hingga jadi gaya hidup kita.

Bagaimana mahu  ikut akhlak Rasulullahi 'alaihi wasallam andai al-Quran sendiri kita tiada usaha untuk memahami isi ertinya?

Bukankah akhlak Baginda,  akhlak al-Quran?

Banyakan juga berselawat, teman-teman.

Salam jumaat. ^^

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
0609
040314
image

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter