8/31/11

Kelaparan Di Hari Raya


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Setinggi puji-pujian buat Allah pemberi nikmat tak terkira nilainya. Hanya pada-Nya kita sembah, kepada-Nya juga kita kembali.

" Iqbal, makan la banyak sikit lemang dengan ketupat tu, nanti kat Mesir payah dah nak makan semua ni"

Ayat itulah yang sering saya terima tatkala menyambut hari kemenangan kelmarin.

" Huh, memang jenuh nak makan. Banyak betul! "

Begitulah setiap kali tiba Hari Raya, ianya seakan pesta makan buat kita semua. Makan, makan, makan. Sampai perut pun terkejut melihat deruan makanan yang masuk. Belum sempat asid dirembeskan di dalam perut, makanan lain dah masuk.

Walaubagaimana pun, Hari Raya tetap seronok. Hari mulanya kita pulang kembali kepada fitrah kita. Namun, ianya jadi serba tak kena jika melanggar garis panduan syarak.

Pak We pergi beraya rumah awek. Awek beraya rumah Pak We. Lepas tu naik motor bersama-sama pergi raya rumah kawan-kawan lain pulak. Tangkap gambar pulak saling bersentuhan. Alah, setahun sekali saja ni. Lagipun ni kan "Hari Raya".

Yang Mak We pakai baju ketat sendat. Di tambah pula solekan "jelita" dan dedahan sana sini. Pak We pulak, tak melepaskan peluang menatap wajah dan badan si "jelita". Aduh, tak apa la, hari ini kan "Hari Raya".

Ingat saudara saudari sekalian, matlamat tak halalkan cara. Walaupun Hari Raya hari kemenangan kita, tak semestinya kita boleh buat apa sahaja yang kita suka. Suka suki saja nak langgar apa yang telah syarak tetapkan. Pergaulan ada batasnya dalam Islam, ikutlah batas itu. Insya-Allah kita selamat.


Tersentap

Sebenarnya saya agak tersentap setelah membaca berita berkenaan saudara-saudara seIslam kita di Somalia yang kelaparan pada Hari Raya ini. Boleh baca berita itu di SINI.

Nabi S.A.W bersabda, 
“Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”. 
(Riwayat At-Tabrani)

Dush! Memang terasa batang hidung sendiri. Kita di sini sampai nak pecah perut makan itu dan ini. Mereka di sana, masih dalam kebuluran. Kesiannya. Ya Allah, berilah mereka kekuatan!

Buat yang berkemampuan, bantulah mereka.



Merdeka Raya




Melalui entri ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya 'Idul Fitri kepada semua pembaca blog ini. Maafkan segala khilaf yang telah terlanjur. Maafkan ye.Tak kiralah anda mengenali saya atau tidak, kita tetap saudara seIslam.

Tak lupa juga, Salam Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia. bersamalah kita memelihara kemerdekaan nagara kita.

Raya 2011. Tahun depan belum tentu lagi..



Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


6 comments:

  1. nice family picture... adik yg buat peace itu sangat kiyutmiyut sekali

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    salam Eidulfitri dan merdeka ^^

    syukran dik mengingatkan berkenaan itu,kita disini tgh seronok2 makan..mereka disana..hanya mampu mendoakan dari kejauhan.

    cantik gambar family adik :) keluarga bahagia! peace heh~

    ReplyDelete
  3. @Nazihah@Jiha : Thanks.

    Selamat hari raya. Maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  4. @Faris 'Azim : Selamat hari raya. Maaf zahir batin :)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter