2/14/11

Besar Sungguh Nikmat Itu..

t
Firman Allah S.W.T :

" Dan ( ingatlah ) ketika tuhanmu memaklumkan, ' Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya aku akan menambah ( nikmat ) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari ( nikmat-Ku ), maka pasti azab-Ku sangat berat ."
(Surah Ibrahim : 7 )
Setelah dirundung dengan pakej demam ( badan panas + pening + batuk + selesema ), Aku pulih beberapa hari selepas itu. Kendatipun begitu, tidak lama selepas itu aku dihempap pula dengan bengkaknya bahagian dalam trakea aku ni ( aku pun tak tahu ini penyalit apa ). Hah, inilah kekangan utama yang menyebabkan aku membiarkan blog ini bersawang seketika. 


"Alah, itu baru sikit !!" Getus hati kecil aku bagi memotivasi aku kembali. Orang lain sakit lagi teruk . Tiada yang faham jiwa muda aku ini kecuali hanya mama sahaja yang faham. Dialah peneman setia duka dan lara. 

Allah berfirman di dalam surah At-Taghabun, ayat 11 yang bermaksud:

"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".



Di UiTM Arau

 Biasalah, selepas cuti raya cina, mereka ( adik beradik aku ) pun pulang ke tempat pengajian mereka masing-masing. Aku sempat pergi menghartar mereka minggu lalu SMS Pokok Sena dan UiTM Arau. Selepas aku menghantar kakak di UiTM Arau, kami singgah di masjid dekat dalam tu.

Apabila aku, adik dan ayah aku menghampiri pintu masuk masjid tu, jeng jeng jeng, kami mendengar seseorang sedang bertazkirah tanpa menggunakan mic, suara ori. Kami terus menghalakan arah ke tempat mengambil wuduk muslimin untuk berwuduk.

Selepas itu, kami masuk ke dalam masjid itu dan terus menunaikan solat jamak dan qasar secara berjemaah. Pada ketika itu, aku masih mendengar dia bercakap. Usai solat dan berdoa, pandangan aku terus ku tujukan kearah jemaah majlis ilmu itu. Aku dengar dia bercakap tidak tersekat-sekat dan amat lancar, aku lihat juga bilangan jemaah yang mendengar, tidaklah ramai. Rasanya 20 orang pun tak sampai. 'Sungguh lama dia bercakap', kata hatiku. Tidak sampai 5 minit selepas itu, aku lihat sesuatu yang membuatkan mataku tidak berkelip.

Terkesima. Ya, itulah yang sebenarnya aku alami. Aku lihat, si pentazkirah tu ingin bangkit, lalu di hulurkan kepadanya dua tongkat. Lantas, bangkit 2 orang sahabatnya memapahnya untuk membantu dia berdiri. Setelah dia berdiri, kelihatan kedua kakinya cacat. 'SubhanAllah, kuat dan hebatnya dia', jerit batinku.

Jika mereka boleh, mengapa kita selalu beri dalih

Aku sedar, hati aku sedang diketuk Tuan empunya alam. Dia mahu aku terus mengingatinya dan terus sentiasa mengingatinya. Jangan selalu leka dengan kilauan janji dunia.

" Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu.Bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku" 
( Surah al-Baqarah : 152 )

Tanpa disedari, ujian-ujian yang menerpa kita bertubi-tubi sebenarnya adalah untuk menguatkan diri kita kembali. Kuatkan iman kita yang tinggal nyawa-nyawa ikan itu. Tanpa disedari juga, hati kita akan kembali bersih kerana dalam hatin kita hanya akan ada Allah. Sebagai peneman setia di kala senang dan susah, berseorangan atau dalam keramaian. Dialah tempat kita mengadu.

"Apabila kamu ditimpa bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah ( daripada ingatan kamu ) makhluk-makhluk yang kamu seru selain Allah. Tetapi apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah ( tidak mengingati-Nya ). Sememangnya manusia itu sentiasa kufur ( akan nikmat-nikmat Allah ).
( Surah al-Isra' : 67 )



Saidatina Aishah ada berkata, bahawa baginda Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: 
" Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Besar sungguh nikmat sihat itu ..


Sabda Rasulullah S.A.W, mafhumnya :
“Ada dua nikmat yang selalu disia-siakan, iaitu nikmat sihat dan waktu lapang. 
( HR Bukhari )



Dari sudut lain

Aku cuba memandang ke arah lain. Aku mula sedar, bahawa ini mungkin juga kifarah dosa daripada Allah kepadaku.

Bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Akhir sekali, renungi gambar-gambar ini dengan mata hati anda..


 



 



(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.
( Surah Ali Imran:191)

P/s : aku sebenarnya belum pulih sepenuhnya. Ingin saja aku lajakkan lagi penulisan aku ini, apakan daya, setara ini sahaja kudratku..

Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

2 comments:

  1. Bila sakit nanti,sebutla "syafakallah",moga2 dengan itu Allah sembuhkan anta.ya,nikmat sihat tu kta hanya sedar n syukur bila dah sakit,tapi lebih baik la orang yg sedar jgak tntg nikmat tu,daripada org yg x syukur2 dgn nikmat Allah..kan?

    ReplyDelete
  2. Syafakallah?? Ya, ana memang diajar oleh Ustaz ana suruh sebut itu. Alhamdulillah, kini ana tak byk sakit sangat dah, ok la sikit..Ermm, ana tertarik dgn kata-kata Dr Asri : Maqam org yg bersyukur lebih tinggi drp org yg bersabar, kerana kita tak sedar sebenarnya waktu bila kita perlu syukur namun kalau sabar, hanya kita lakukan setelah keadaan sememngnya mendesak kita supaya sabar..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter