2/15/11

Hot !! : 5 Sunnah Mudah Untuk Diamalkan


Firman Allah S.W.T, mafhumnya :

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari akhirat. Dia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya."
( Surah al-Ahzab : 21 )


Alhamdulillah, pada hari ini aku masih diberi kesempatan untuk menaip di sini. 5 sunnah mudah. Ya, memang mudah. Sekarang, aku nak anda set kan dalam minda anda bahawa 5 sunnah Rasulullah S.A.W yang bakal anda baca ini sangat mudah. Supaya anda juga mudah melaksanakan sunnah-sunnah ini dengan mudah. Ikuti dengan baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda; mafhumnya :
"Permudahkanlah, jangan menyukarkan "
( H.R Bukhari )

Sebelum tu, aku mahu kita sama-sama betulkan niat kita dahulu. Pastikan niat kerana Allah S.W.T . Agar segala amal kita juga diterima dengan mudah oleh Allah S.W.T . Ingat, niat ini penting !!

" Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung kepada niatnya,dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)  berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa hijrahnya kerana (ingin) mendapatkan keredaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kerana (keredaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia yang diinginkannya, atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (akan dinilai sebagaimana) yang dia niatkan. 
(HR Bukhari dan Muslim)





1)  Cara memakai kasut




Dari Aisyah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; 
"Kalau memakai kasut, pakai yang kanan terlebih dahulu tetapi kalau membukanya yang kiri terlebih dahulu. Jadi yang kanan adalah yang mula dipakai dan yang terakhir dibuka." 
(H.R Bukhari)

 * Mudah kan..


2) Tutup mulut apabila menguap



“Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).”
(Sahih Muslim, hadis no: 2995)

Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.RUJUK

“Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Ada pun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi “Haaa” maka ketawalah syaitan.” 
(Sahih al-Bukhari, hadis no: 6223) 

 * Mudah kan..



3) Memakai pakaian dengan memulakan kanan terlebih dahulu



Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya: 
"Apabila kamu memakai pakaian, hendaklah kamu memulakannya dengan anggota kanan "
( Direkodkan oleh Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah : Sahih )


 * Mudah kan..



4 )  Minum dalam keadaan duduk




Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya:  
"Janganlah seseorang kamu minum dalam keadaan berdiri "
( H.R Muslim )
 
Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha/ دون كراهة), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri. Inilah pendapat yang tepat.RUJUK SINI


Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya : 
“Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai”. 
(H.R at-Tirmidzi)

Islam mementingkan adab dan sopan dalam segala perkara termasuklah makan dan minum. Ketika makan kita ditegah daripada gelojoh begitu juga ketika minum hendaklah minum dengan perlahan dan jangan bernafas dalam bekas minuman serta dilarang juga minum sambil berdiri. Semua ini kerana mengambil kira faktor kesihatan dan kebersihan disamping dapat mencerminkan tatatertib yang sopan bagi seorang Islam.

Mengecap rezeki yang dimakan atau diminum sebaik-baiknya ialah dengan membaca bismillah sebagai memuji Allah S.W.T yang mengurniakan rezeki dan mengucapkan alhamdulillah sebagai mensyukuri nikmat yang telah diberikan itu.RUJUK

 * Mudah kan..
 

5 ) Berkata dengan perkataan yang baik



Rasulullah s.a.w bersabda, mafhumnya :
"Ucapan atau kata-kata yang baik itu sedekah."
( H.R Bukhari dan Muslim )

Ucapan atau kata-kata yang baik termasuklah :

* Zikir

*Doa

*Memberi salam

*Memuji kebesaran Allah

*Memperelok akhlak

*Bersopan santun

 * Mudah kan..

Kan, sungguh mudah kan. Jadi, jangan tunggu lagi, jom kita sama-sama cuba amalkan dalam kehidupan seharian kita. Ingat, ianya sungguh mudah diamalkan.


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 
"Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka."
(Hadis Riwayat Muslim)






Wallahua'lam




Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

6 comments:

  1. sgt suka entry ini

    tp psal minum berdiri... kat blog lain ada benda ni..

    Makan dan minum sambil berdiri

    Dalam riwayat Ahmad dinyatakan bahwa Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Apa yang kalian lihat jika aku minum sambil berdiri. Sungguh aku melihat Nabi saw pernah minum sambil berdiri. Jika aku minum sambil duduk maka sungguh aku pernah melihat Nabi saw minum sambil duduk.” (HR Ahmad no 797)

    Dari Ibnu Umar, beliau mengatakan, “Di masa Nabi saw (sebelum wafat), kami minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan.” (HR. Ahmad no 4587 dan Ibnu Majah no. 3301)

    Mengenai hadith-hadith di atas ada Ulama yang berkesimpulan bahwa minum sambil berdiri itu diperbolehkan meskipun yang lebih baik adalah minum sambil duduk.


    kiranya boleh jugak la ea xsampai bdosa kan?

    ReplyDelete
  2. memang mudah..tp yg penting istiqamah dlm melakukannya

    ReplyDelete
  3. betul tu Fisol,

    perkara mudah,jika kita ambil mudah, tak jadi jugak..

    pastikan kita istiqamah, dan paling kurang pun munazomah..

    ReplyDelete
  4. Abang hikaru Yui..yang tentang Hadis daripada ibnu Umar tu jom kita sama-sama tengok > http://pcmansurah.forumotion.com/t322-hukum-makan-minum-berdiri..

    Wallahu a'lam.. yang pasti, yang afdalnya duduk la kan =)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian itu Yad..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter