Buku Tulisanku


Doakan saya dapat tulis lebih banyak karya-karya yang bermanfaat buat ummat. Terima kasih semua kerana masih setia menyokong saya.


*  *  *

[Buku 1]

Karya saya di dalam buku ini hanya satu, iaitu sebuah cerpen bertajuk, 
"Mahu Kurus!"

Buku ini namanya, "SARKAS"


Mai la beli :)




Antologi Cerpen Santai Tapi Sentap : SARKAS.




Terkandung 23 buah cerpen daripada 22 orang penulis lama dan baru. 



Santai-santai saja semuanya, tapi sentap!



"SARKAS"



Dunia ni macam SARKAS. Banyak perkara yang diada-adakan. 

Ada kalanya benar, ada kalanya tipu. Jaga-jaga! 
Jangan sampai kita tertipu. 





Hanya RM25.

Tapi kalau beli daripada saya, saya bagi diskaun!

Sebuah hanya RM20 sahaja.



288 muka surat, tebal kot!


Untuk tempahan boleh terus hubungi ya ;)

WhatsApp +6011-11151899

Beli di shopee : https://shope.ee/99kgSBKYQS

* * *


Senarai cerpen-cerpen beserta penulis : 

1. Ganjaran Tak Didendang (Nurul Bakar)

2. Cermin Mata, Stokin Dan Kain Pelikat Longgok (Hannan Hariri)

3. Hani (Noor Adeelia Ahmad)

4. Abang Minta Maaf, Migha! (Harith Hakeem)

5. Mahu Kurus! (ibnuDDin)

6. Jalan Rasta (Hariz Zain)

7. Kisah Dua Berus Gigi (Sha'azizi Dadameah)

8. Papa Dan Ketam (Norillah Abdullah Hassim)

9. Pikat Aku Jadi Menantu (Huzairul Ihsan)

10. Sarkastik Dunia Aka Dunia Berhijab (Web Sutera)

11. Facebook, Sebiji Epal Dan Senaskhah Novel (Salleh Kausari)

12. Sedut (Wak Buang)

13. Sembang Mak Jemah (Naqhuhines)

14. Sepetang Ber-chai Bersama (Sha'azizi Dadameah)

15. Simbolis (Muhammad Faizal)

16. Suamiku Putih (Iwan Reaz)

17. Tetamu Pulang (J Rawa)

18. Kpop (Hanasof)

19.Topengnya Anjing Jiwanya Malaikat (Ceriterapena)

20.Upahan (Kecu)

21.Member (Qhaiyum Benjamin)

22.Milik Siapakah Kaki Ini (Teraju Ilham)

23. Sarkas (Khairy Tajudin)


______


[Buku 2]

Buku kedua saya buku bercorak motivasi. Buku ini ditulis sepenuhnya oleh saya. Banyak juga diambil semula dari tulisan-tulisan saya di blog ini. Apa yang penting, mesej besar yang ingin saya sampaikan ialah mesej-mesej TAQWA dan membangkitkan semula jiwa-jiwa yang gagal di medan dunia.

Buku ini bertajuk...

Rebel Dengan Tuhan

Terbitan Must Read Sdn. Bhd.

Harga : RM22
Berminat?

WhatsApp +6011-11151899

Beli di shopee :


*  *  *



Kau ingat Allah itu macam manusia?


Bila kau rebel, akan dapat perhatian?

Bila kau buat kecoh, akan dapat apa yang diinginkan?

Apabila kita peroleh kejayaan, kita sangka kejayaan itu daripada hasil usaha kita. Kita begitu bangga atas kejayaan kita. Namun apabila Tuhan tarik kejayaan itu, kita marah kepada Tuhan. Dia seolah-olah ingin menunjukkan rajuknya kepada Tuhan. Dia benar-benar tenggelam dalam kefahaman dan keyakinan akidah yang tidak kena. 


"Hidup seorang mukmin itu adalah dengan keyakinan. Hatinya membulat yakin kepada Tuhan. Biarlah disiat musibah setara mana. Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah mati masih setia kepada tawaran harapan dan rahmat-Nya. Tidak akan pernah sesekali memungkiri janji-Nya." 


WhatsApp +6011-11151899


______

[Buku 3]

Kumpulan Puisi

Pearl Morpheme

Buku ini gabungan pemuisi-pemuisi yang selalu tampil aktif di medan instagram. Saya satu-satunya lelaki yang terlibat dalam pembikinan buku ini, segan tak terkira. Karya saya lebih kepada monolog dalam, permulaan kepada karya-karya puisi saya.

Harga : RM15

Berminat?

WhatsApp +6011-11151899










______



[Buku 4]

Alhamdulillah. Ini buku keempat saya!


Kumpulan cerpen yang dikumpul sejak saya mula menulis.





JUDUL: DIA BUKAN MALAIKAT


PENULIS: Muhd Iqbal Samsudin


ISBN: 978-983-097- 675 - 4

TEBAL: ms 168
SAIZ: 5.15” X 7.5”
BERAT: 160 gram

HARGA: RM 15


Berminat?
WhatsApp +6011-11151899

Beli di shopee : https://shope.ee/6UjvHeH11c

____

“The world is a book and those who do not travel read only one page.”

(St. Augustine)



"Di sana, saya ditempatkan dengan seorang Melayu. Dia nampak selekeh sangat. Muka comot penuh dengan tampok hitam-hitam, gigi kuning pekat, rambut kusut masai, kasar bersikat tepi dan berkuku panjang. Tapi ada satu sahaja yang saya hairan, dia sungguh wangi. Bau wanginya semacam dengan minyak atar yang selalu ustaz-ustaz guna untuk ke masjid. Saya jadi pelik. Tersangat pelik ... .”


SINOPSIS:

Buku DIA BUKAN MALAIKAT, garapan oleh penulis Muhd Iqbal Samsudin. Beliau telah memilih genre cerpen untuk buku PURIS kali ini. Cerpen-cerpen olehnya itu merupakan hasil daripada mencabar diri sendiri untuk menulis secara serius, iaitu sekitar tahun 2010, seusai menduduki SPM.

Masih kuat di ingatan beliau, cerpen pertama yang bertajuk Seronoknya Sedekah, telah mendapat maklum balas yang amat positif daripada segenap pelosok pembaca alam maya. Sebagai penulis hijau yang baharu tumbuh ketika itu, respons positif yang diterima, amat bermakna baginya untuk meneruskan lagi azam dan perjuangan serius dalam bidang penulisan.

Bertolak dari itu, penulis mula mengorak langkah demi langkah menulis, menempuh ketidakmatangan, agar ketidakmatangan itu sedikit demi sedikit beransur hilang kerana yakin bahawa tiada sesiapa pun yang bermula dengan terus melompat ke daerah sempurna. Pada siri ketidaksempurnaan itulah kita tempuh dan belajar daripada kesilapan, di samping meningkatkan nilai-nilai dalam setiap tulisan mendatang.

Menghasilkan cerpen yang berkualiti adalah sesuatu yang mencabar kerana ia menuntut paduan daya imaginasi yang tinggi dan mesej yang wacananya mampu membuatkan pembaca berfikir, tidak hanya khayal di awanan hiburan semata. Dua paduan inilah yang menjadikan penghasilan sebuah cerpen itu terasa begitu mencabar.


Tiada lain yang diharapkan oleh penulis, melainkan pembaca-pembaca budiman dapat mengambil walau seulas manfaat sebagai bekal hidup di alam fana ini hingga ke alam kekal sana, walau hanya sekecil zarah oksigen sekalipun, yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera yakni sepasang mata kasar. Moga, dapatlah bersama-sama kita berjalan di dunia ini dan beransur ke alam sana, dalam pelukan redha-Nya!



Klik sini untuk beli di SHOPEE : https://shope.ee/6UjvHeH11c
 

__



[Buku 5]


KOYAK






Buku ini berkenaan apa?


Secara ringkasnya, saya simpulkan empat nuansa menarik yang saya tampilkan dalam buku ini.


Kisah-kisah KOYAK dalam mencari jodoh
+
Puisi-puisi sebelum/semasa/selepas KOYAK
+
Motivasi menghadapi KOYAK
+
Menghargai masa muda gaya ulama'


Harga : RM22


WhatsApp +6011-11151899

Beli di shopee : https://shope.ee/4AM0VbWpeL

_____

Coming soon

[Buku 6]

InsyaALLAH buku saya yang seterusnya


Travelog Fasiru

Biar Aku Jadi Matamu




Istanbul | Sarajevo | Mostar | Vienna | Prague | Warsaw



______


[Buku 6]


Redha Dengan TUHAN








Naskhah istimewa ini buat yang sedang bergelut gelisah dan dihempap kuat dengan ujian mendatang, di samping untuk mereka yang masih dalam perjalanan menuju redha Tuhan. 

Ikuti juga beberapa kisah inspirasi yang membawa hidup menuju redha Allah dan lebih yakin dengan pertolongan-Nya.


-

Buat hamba-hamba-Nya yang sedang bergelut gelisah dan dihempap kuat dengan ujian-ujian.

Buat hamba-hamba-Nya yang masih dalam perjalanan redha dengan Tuhan.

Buat hamba-hamba-Nya yang masih sedang berusaha keras menyingkirkan kesedihan.


Buat hamba-hamba-Nya yang mahu memilih untuk tetap berjalan walau sebesar mana sekali pun badai menghempas kehidupan.

Buat hamba-hamba-Nya yang mahu redha dengan Tuhan.

Buat hamba-hamba-Nya yang impikan Tuhan redha dengannya!

Buku ini teristimewa untuk kalian!

________

Kami buka order buku ini sekarang. Boleh DM kami atau WhatsApp --> http://ibs.wasap.my +601111151899).

InsyaAllah kami akan bantu! 😊

Harga sebuah : RM18

WhatsApp +6011-11151899

Beli di shopee : https://shope.ee/6f3LUL252m







No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter