8/29/16

Rezeki Yang Tidak Tersekat



Seorang sahabat lama saya ini seorang usahawan yang sangat berjaya di mata saya. Jualan dan keuntungan bulanannya boleh cecah puluhan ribu ringgit, masya-Allah murah sungguh rezeki dia.

Ketika kami naik kereta bersama, dia ada menceritakan perihal sedekah, selepas saya berkongsi sedikit apa yang saya dapat dari kuliah pengajian hadith Sahih Bukhari di Mesir.

Katanya, "Dulu aku payah betul nak sedekah. Dalam kepala aku fikir, ah aku susah-susah cari duit, senang-senang saja nak bagi dekat orang!"

Saya tambah khusyuk, terus mendengar lagi.

Dia menyambung, "Tapi selepas itu baru aku sedar, dalam rezeki kita ni, ada rezeki orang lain. Lagi kita kedekut, lagi rezeki kita tersekat."

Saya mencelah, "Jadi selepas tu apa yang hang buat?"

"Bila aku ada duit, rasa sayang duit tu sangat kuat, dan ketika itu jugalah aku akan sedekah sebanyak-banyaknya. Alhamdulillah, makin aku sedekah, makin bertambah rezeki aku." Dia jawab dengan tenang.

Saya senyum, dan dia terus memandu.

Empunya dan pemberi rezeki ialah ALLAH. Apabila kita buat apa yang DIA suka, maka DIA akan beri apa yang kita suka.

#ibnuDDin




Muhd Iqbal Samsudin
Baling, Kedah, Malaysia
2253
290816


No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter