11/26/15

Ulasan Buku : Ada Apa Dengan Buku (Shaharom TM Sulaiman & Suriati Shamsudin)

[Ulasan Buku]

Buku ini dinukilkan oleh dua orang penulis yang mungkin agak janggal dalam kalangan generasi muda hari ini, iaitu Shaharom TM Sulaiman dan Suriati Shamsudin.

Sebahagian besarnya dinukil Shaharom TM Sulaiman.

Kalau berminat dengan fakta berkenaan buku, maka buku ini wajib dibedah.

Bersaiz kecil, namun mempunyai 275 muka surat dan terdapat tujuh bahagian. Pada hemat saya, agak berat perbahasan dan isu-isu yang dibawa.

Naskhah yang ada pada saya ini, merupakan terbitan pertama daripada Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd pada tahun 2004. Namun, walau sudah 10 tahun diterbitkan, saya kira penulisan dan isu-isu yang dibawa tetap malar hijau untuk dibaca.

Ini bacaan pertama karya Shaharom TM Sulaiman. Ternyata karyanya sangat mengujakan. Memuaskan selera dan rasa. Fakta-fakta diurai kemas. Isi-isi buku ini, benar-benar menunjukkan bahawa penulis buku ini merupakan kutu buku tegar.

Apa-apa pun, buku ini memuaskan saraf minda saya.

image
Kenyang minda.


Wallahua'lam.

____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
1206
231114

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter