11/22/15

Dua Satu

image


Dua satu.
21.
Manusia berubah.
Laksana pantai,
Pabila dipukul-pukul sang ombak,
Ia berubah.

Seperti batuan gua,
Bertahun dititik air,
Ia berubah.

Begitulah manusia,
Acapkali ditimpa ujian-ujian,
Akalnya ditambah-tambah ilmu,
Hari-harinya berlain-lain,
Lalu manusia itu berubah-ubah.

Renung,
sedalam dan setajam renung.
Tambahnya hela nafas kini,
Itu adalah peluang.

Peluang menambah ilmu.
Peluang menambah amal.
Paling penting, peluang untuk diri bertaubat.

 21th birthday


Toleh ke belakang,
tiada sanggup lagi aku tempuh laluan ujian maha getir itu,
tidak mahu,
tidak sanggup kembali lagi.

Memandang ke hadapan,
entah,
tiada siapa yang tahu,
yang pasti,
harus disematkan yang di depan perlu lebih baik dari yang belakang.

Teringat perkataan saatku dua kosong dahulu.

Ternyata, benar.

"Hidup, jika hanya mahu semanis kek, tiada kemanisanlah dalam hidup."

image
Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal.
DMAK, El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
280214

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter