11/7/11

Lagi Maahad Tahfiz Sains Di Langkawi

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang

 


YAN - Kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah Sekolah Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi sebagai sebahagian usaha menjadikan negeri itu sebagai pusat ilmu terkemuka.

Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya telah mengenal pasti tanah yang sesuai untuk dijadikan tapak pembinaan bangunan sekolah berkenaan.

"Bajet kita telah buat dan tanah telah ada seluas 12.21 hektar di Pulau Tuba. Pada masa ini seramai 50 orang pelajar tahfiz tingkatan satu sedang belajar di bangunan sekolah sementara di Kulim," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan bantuan kepada 302 pelajar institusi pengajian tinggi awam dari kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata sekolah itu disasarkan kepada pelajar cemerlang lepasan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 orang pelajar sedia ada yang merupakan kumpulan pertama sekolah berkenaan.

Azizan berkata kos membina bangunan sekolah itu dianggarkan menelan belanja melebihi puluhan juta ringgit iaitu termasuk peruntukan membina asrama, makmal dan pelantikan para guru.

Sumber : Sinar Harian

Lihat juga ini : Sertai Maahad Tahfiz Sains Darul Aman


Muhammad Iqbal :

1) Alhamdulillah~

2) Lokasi tersebut nampak menarik kerana agak terpencil, mudah untuk belajar dan menghafaz al-Quran.

3) Pemimpin bijak, rakyat sayang. Pemimpin prihatin, rakyat julang.




Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.

3 comments:

  1. Alhamdulillah..;) Salam Aidiladha dari pc buat iqbal diperantauan.

    ReplyDelete
  2. bgus la, tmpt hafaz quran terpencil,
    mcm Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu (kkb *kiri kanan bukit*)
    tpi trsksa jgk la duk kt tmpt trpencil ni

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter