2/16/11

Bangsa Cina Pun Boleh Dapat 'A' Bahasa Arab

Penerima Anugerah Maulidur Rasul 2011, Wee Soo Yen (dua dari kanan)bersama keluarga, dari kiri, Wee Soo May (adik), Wee Hock Lim (ayah) and dan Soo Ah Khem (ibu)


Pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan, Wee Soon Yen, 16, memberitahu dia tidak menyangka akan dipilih sebagai penerima anugerah pada sambutan tahun ini.

Pelajar cilik tersebut dipilih berdasarkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, iaitu memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2010.

Selain itu, Wee juga merupakan satu-satunya pelajar bukan Islam yang mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Menurut Wee, minat untuk mempelajari Bahasa Arab mula timbul apabila dia memulakan sesi persekolahan menengah.
“Saya mula berminat untuk mempelajarinya kerana ia merupakan satu bahasa baru kepada saya. Jadi saya menganggapnya sebagai satu cabaran untuk diri sendiri,” katanya.

Wee menambah, pada peringkat awal, ibunya tidak begitu menyokong tindakannya untuk mempelajari bahasa tersebut.
“Bagaimanapun, saya berjanji kepadanya bahawa saya akan lulus subjek Bahasa Arab dan sejak itu, beliau membenarkan saya untuk menduduki peperiksaan Bahasa Arab,” katanya.

Pelajar bertubuh kecil itu juga memberitahu, dia akan memanfaatkan seluruh masa di sekolah bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan jika mempunyai masalah kerana tidak mempunyai tempat rujukan di rumah.

Selain Wee, turut menerima anugerah pada sambutan tahun ini ialah Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Jabatan Pendidikan Islam dan Moral) Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dangiran Mustapha yang juga merupakan Timbalan Pengerusi, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. SUMBER



 Sedikit coretan

 
Jika pelajar cina pun boleh dapat 'A' dalam bahasa arab, mengapa kita sebagai orang Islam tidak boleh?? Seringkali aku mendengar dari mulut orang Islam sendiri bahawa bahasa arab itu susah. Malahan ada yang sanggup ditukarkan ke sekolah lain bagi mengelakkan daripada mempelajari bahasa tersebut.

Jangan beri dalih tapi katakan kita boleh

Masih terngiang-ngiang di telingaku, kata daripada sahabat baikku, Suhail. Dia pernah berkata kepadaku,
 
" aku geram betul la bila dengar orang kata bahasa arab ni payah, malahan dilabel pula sebagai subjek 'killer SPM'"

Aku faham kenapa dia berkata sedemikian. Bahasa arab ni bahasa untuk orang Islam. Sebab bahasa penghubung kita dengan kalam Allah ialah bahasa..... Arab. Bahasa syurga cik oii .


Kunci Sebenar

 Kawanku itu hebat dalam bahasa arabnya. Aku pernah bertanya kepada dia, tentang kunci menguasai bahasa arab. Seperti jawapan yang aku berikan kepada orang lain, " You need to conquer al-Quran ". Selalukan membacanya dan lihat terjemahannya. Jika ada perkataan yang tidak kita tahu, rujuk terjemahan. Tidak kurang juga, kenalah  hafaz al-Quran. Paling kurang pun tiga empat surah yang panjang sikit. Supaya otak kita sentiasa ada bahasa arab. Barulah mudah.

Ok, sampai disini sahaja coretan kali ini. Jumpa lagi.

P/S: Tidak kiralah kita bangsa apa pun, apabila kita berusaha bersungguh-sungguh, insya-Allah akan berjaya. Moga adik  Wee Soon Yen dipermudahkan oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya.

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

2 comments:

  1. Terasa la pulak pasal aku pun dulu kata bahasa Arab tu susah..oo suhail..dia tak habaq kat aku pun noh.. =) apa2 pun syukran Iqbal

    ReplyDelete
  2. tak apa, biarkan kisah lalu berlalu dan diambil pengajaran..(= afwan

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter