dahulu sayap yang kupunya ini bebas mengepak
bebas berterbangan bergentayangan seluruh semesta,
namun kini sayap ini seakan sudah tidak punya bulu,
malu dan buntu untuk berkepak lagi
hanya kerana mahu menjaga hati
lalu si aku rugi, bersayap tapi tak berkepak lagi
sangka bebas, rupanya berpendam tersakiti
entah berabad masa, tiada pedih yang hilang
yang ada hanya sang diri yang kian kurang.
.
Muhd Iqbal Samsudin
Ipoh, Perak
0157H, 030624
No comments:
Post a Comment
Apa buah kata anda?
Page Blog ini : Fb Page
Twitter Saya : My Twitter