4/20/22

Ji-Wang atau Terapi?


Sukar untuk dijelaskan, tetapi ulama’ Islam dahulu kala sudah pun mengkaji dan mengakui ia adalah satu terapi jiwa. Ia mampu mengubati.


Ya ia soal muzik. Soal dentuman ritma irama dan lirik.


Isteri saya selalu berbunyi, “Risau bila abang dengar lagu jiwang”.


Hati seni saya meronta.


Bukan ‘jiwang’ itu tujuan saya. Ia soal lirik yang baik dan cantumann ritma irama yang unik dan sedap didengar telinga dan hati. Ia terbukti bila bukan lagu jiwang saja yang saya layan, tapi lagu-lagu yang ada kualiti, lagu-lagu yang sampai jiwanya. Itu lagu-lagu yang menjadi terapi.


Ada masanya saya suka tenggelamkan diri dalam lagu dengan meninggikan laung ‘volume’, dan sang isteri akan memarahi saya dan adakalanya berseloroh,


“Eh kata telinga boleh dengaq elok, kenapa nak dengaq kuat-kuat?”


Dan saya ungkapkan padanya, “Abang tak terasa bingit bila buka kuat, sebab abang tak hanya mendengar dengan telinga.”


Macam yang saya sebutkan diawal tadi, ia sukar diterangkan kepada insan yang tiada hati nurani seni.


Al-Farabi adalah antara ulama’ yang membawakan muzik sebagai terapi buat spiritual yang tak terlihat dek mata zahir.


Ya, ia terapi yang dipandang sepi dan tak dihargai, bahkan kian dicemari!


____

Dr Muhd Iqbal Samsudin

0115, 170422

Telaga Mas, Pokok Sena, Kedah





No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter