4/18/20

Hakikat Menjaga


Di akhirnya, kita sedar sendiri satu hakikat.

Bukan sang suami yang menjaga isteri.

Bukan isteri yang menjaga suami.

Bukan ayah ibu yang menjaga anak-anaknya.

Bukan anak-anak yang menjaga ibu ayahnya.

Hatta, bukan diri kita yang menjaga diri kita.

Hakikatnya,
ALLAH lah yang
menjaga kita,
menjaga suami kita,
menjaga isteri kita,
menjaga anak-anak kita,
menjaga ibu ayah kita.

Inilah batas upaya sa-orang hamba. Dia tahu batas upaya dirinya, dan dia sentiasa berserah kepada-NYA.

Kerana dengan berserah kepada yang tidak pernah mati, itulah upaya paling maksima.

Hasbunallah wa ni’mal wakeel 💪🏻



وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱلۡحَیِّ ٱلَّذِی لَا یَمُوتُ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِهِۦۚ وَكَفَىٰ بِهِۦ بِذُنُوبِ عِبَادِهِۦ خَبِیرًا

Dan berserahlah engkau kepada ALLAH Tuhan Yang Hidup, yang tidak mati;

serta bertasbihlah dengan memuji-NYA;

dan cukuplah Ia mengetahui secara mendalam akan dosa-dosa hamba-NYA;

[Surah Al-Furqan (25), Ayat 58]

____

Muhd Iqbal Samsudin
#ibnuDDin
1937, 18042020




No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter