4/27/20

Beberapa Ibrah Dari Kisah Ustaz Ebit Lew Beri Bantuan di Alor Setar



Ada beberapa Ibrah yang saya dapat dari kisah Ustaz Ebit beri bantuan di Alor Setar baru-baru ini.

Meski pun sudah ramai yang memberi bantuan kepada keluarga tersebut, bukan itu saja tetapi juga sudah menawarkan penempatan baru untuk mereka pindah, termasuk yang dilakukan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan penduduk sekitarnya; tapi mereka enggan.

Mengapa? Itu memang kena tanya direct dengan depa. Baru boleh clear semua benda, jangan sesekali assume itu ini.

Begitulah yang diberitahu, namun apabila Ustaz Ebit Lew datang baru mereka mahu berpindah.

.

Ibrah :

1) Saya fikir, adakalanya kebaikan yang hendak kita salurkan, itu juga satu habuan rezeki dari ALLAH. Boleh bantu orang pun satu rezeki dari ALLAH.

2) Benda kalau ALLAH tak izin, memang tak jadi walaupun nak buat suatu yang baik. Walaupun kita wakil dari ‘lembaga’ besar apa sekali pun.

3) Tak kisah kebaikan kita pada insan lain itu ditolak atau tidak, berbuat baik kepada insan lain perlu diteruskan. Jangan berhenti di situ. Teruskan saja. Ramai lagi yang memerlukan.

4) Mungkin hari dia tolak kebaikan kita, dan mungkin di hari lain dia akan terima kebaikan daripada insan lain. Tak jadi masalah. Yang penting dia selamat, yang penting dia dapat teruskan hidup seperti insan lain. Jangan bergaduh sesama pemberi kebaikan.

5) Warga jabatan netizen sekalian, jangan semberono mudah-mudah menuduh pihak bertanggungjawab seperti pihak zakat tidak buat kerja. Mereka ini buat kerja siang malam nak bantu orang. Ada yang sempat update di media sosial, ada yang tak sempat.

Kalau kita ada info yang tak diketahui geng zakat ini, call atau wasap saja depa. Mudah saja nak hubungi sekarang ni.

Ya tindakan call atau wasap bagitau zakat ni memang tak glamour macam kerja kecam orang, tapi inilah tindakan insan yang bijaksana dan bijaksini.

.

Cukup setakat ini.

Moga kita terus kekal berbuat baik, terus menjadi baik kerana ALLAH.

____
Muhd Iqbal Samsudin
1130, 27042020
#MenjadiBaikKeranaALLAH
#ibnuDDin

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter