5/15/18

Penulis Yang Punya Sikap





Walau tidak pernah bertemu mata, namun melalui karya-karya Cikgu Shahnon, apa yang saya dapat faham adalah – Sa-orang penulis mesti ada sikap!

Dengan sikap dan pendirian itulah mereka berdiri menegakkan apa yang mereka yakin. Bukan menebas kaki-kaki orang tidak sama sikap dengan mereka.

Panggung politik lalu yang dilihat canggung segera dirakam secara jujur untuk generasi seterusnya baca, alami dan ambil pelajaran.

Moga-moga kalau ada ‘shit’ (merujuk kepada analogi yang digambarkan dalam novel Shit karya beliau) yang mahu lagi naik takhta, kita sentiasa beringat-ingat, agar tak jatuh dalam ke lubang yang sama dua tiga kali.

Itu hemat beliau dan cara beliau menunjukkan sikap.

Adapun begitu, terbersit hati bertanyakan siapakah yang akan merakam panggung perubahan ketara dalam politik tanah air hari ini?

Sebagai buah kata untuk renungan, suka saya memetik bahagian awal buku 'MahaMaha' tulisan SN Shahnon Ahmad yang diletakkan tajuk 'Nota Untuk Pengarang' :

"Seorang pengarang sebenarnya bukan sekadar seorang yang hanya berketerampilan main bahasa tapi juga seorang pemikir, seorang pelapor yang sekali gus seorang pentafsir, seorang intelectual dalam makna berani kerana benar, seorang yang punya perinsip serta disiplin kepengarangan yang tersendiri, tertonggak kukuh-kejap di atas landasan Kebenaran.

Sensitivitinya dan kreativitinya sentiasa tajam, sedia menerima apa saja cabaran dan kritikan; malah dalam banyak hal, amat gemar kepengarangannya dicabar dan dikritik sehebat-hebatnya supaya jiwanya sering tertekan kerana dengan jiwa yang sedemikian itulah, penanya rancak dan sentiasa fasih menari..."



____

Nota :

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad pernah mewakili PAS dalam pilihan raya tahun 1999 dan menang menjadi ahli parlimen P13 Sik selama satu penggal.



#NotaTulis  #ShahnonAhmad


____

Muhd Iqbal Samsudin
1619, 080518

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter