8/10/17

Menzalimi


[Nota ini tulisan saya pada tahun 2013, saya temui semula hari ini pada tahun 2017, lalu saya tinggalkan di sini agar manfaatnya tetap senantiasa mengalir.]


______





Menzalimi



Malam ini, malam pertama usrah yang saya rasa benar-benar berkualiti dalam hidup. Bukan yang sebelum ini tidak berkualiti dan berisi, tetapi itulah hakikatnya, mungkin ada kekurangan di mana-mana. Atau, ada yang telah menzalimi diri, hingga menjejaskan kualiti dan isi.


Tanpa disedari, hidup saya sebenarnya kosong. Ya, kosong. Walau diri ini, selalu sahaja dengan omong, “Aku pelajar medik, aku sibuk.


Hari ini, saya benar-benar merasakan itu banyak yang retorik. Sesibuk mana, pasti ada celahan waktu untuk kita berehat. Saat waktu itu tiba, kita terus diasak dengan segala macam ujian.


Mahu habiskan masa itu bagaimana? Mahu puaskan nafsu, atau puaskan hatimu?


Segalanya di tangan kita. Kita mampu merancang, kita mampu laksanakan. Hanya antara mahu atau tidak. Jalan menuju hidayah atau arah jahiliyah. Kita yang memandunya.


Jangan hanya pandai menyalahkan dan mencari asbab kegagalan daripada orang lain. Tetapi, tunjuk kembali kepada diri kita, dan tanya, “Apa yang telah aku buat hingga menzalimi diri amanah Tuhan ini?


Cukup, biar pengalaman terus setia menjadi antara guru kita. 


Biar kita matang daripadanya.




Sedar.


Terbeliak. Hati terbuka. 


Sedar bahawa terlalu jauh diri ini dengan Ilahi. Walau sering diasak padu dengan dugaan,  jadi makin jauh dengan Tuhan. Adakah ini sifat hamba?


Mencari Tuhan ketika tersepit, mencari hiburan ketika diri dikelilingi nikmat.


Sedih. Terlalu kerdil diri hampas ini. Betapa diri terlalu picisan ringanan.


Kerehatan bukan diisi dengan jahiliyah, tetapi ibadah. Itu sepatutnya. Itu sebenarnya.





عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِإِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata, Rasulullah ﷺ  telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.
[ Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian ]




"Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
[At-Taubah (9) : 41]




_______
Muhd Iqbal Samsudin
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
140313

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter