11/27/15

Dua Dua

Jam berselisih jam, hari bersalin hari, bulan bertukar bulan, tahun mengejar tahun.

Suatu pertambahan yang tidak terhalang dek sesiapa, hatta orang sebesar mana pun beliau.

Persoalan mati adalah persoalan paling signifikan untuk dihayati. Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Kerana, sibuk-sibuk kita di dunia sehari-hari, adalah satu garis jalan yang menuju ke penamat kehidupan di dunia. Tanpa sedar, jalan di hadapan mungkin sudah hampir dengan garis penamat kita di alam fana' ini.

Mati inilah yang banyak menghidupkan makna hidup. Mati ini jugalah memimpin hidup untuk menghargai segala benda di hadapan.

Pada saat Dua Satu lepas, padaku tidak terasa berumur. Tetapi, jelas sekali angka Dua Dua ini membuatku rasa makin berumur, walau masih bergelar seorang pemuda.

Tika Dua Dua ini jugalah, kianku sedar yang hidup kita makin hari makin payah, makin berat ujian-ujian yang akan ditimpa, perolehan daripada laluan-laluan getir yang dilalui sebelum ini. Makanya, janganlah mengharap saat Dua Dua itu, sama senangnya dengan zaman mengharung Dua dan Satu Dua, jangan.

Cuma, jangan ditakut pada apa yang ada di hadapan. Yang tinggi peri pentingnya ialah kita bersedia dalam segenap aspek semampu daya kita.

Jangan takut pada sesuatu yang tidak pasti di hadapanmu.

Cari nilai-nilai diri. 
Kuatkan segenap potensi. 
Kukuhkan peribadi 
Peluk kebenaran seerat jemari!


وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَىٰ حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا ۚ يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ

"Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. 
Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang mereka lakukan. 
[Al-Baqarah 2 : 96]


Wallahua'lam.

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
1240
250215

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter