11/26/15

Dengki Mulia

Mata mendengki.

Entah mengapa, saya secara tidak sengaja wujud satu sifat yang jarang-jarang tumbuh dalam diri. Dengki.

Kala saya terlihat atau terserempak dengan orang yang memegang rekod sebagai pelajar terbaik batch, hati saya pantas melirik dengki. Pendengkian atas kejayaannya itu datang secara tiba-tiba.

Saya faham, itu dengki yang baik dan dibenarkan syarak. Mana tidaknya, berlumba untuk jadi yang terbaik di sisi Allah dan manusia sememangnya digalakkan.

Tapi, dengki bukan setakat mendengki. Dengki mulia itu perlu diiringkan dengan usaha menganjakkan diri semahu dan setinggi yang mampu. Kemudian, serah saja segalanya kepada Yang Maha Mengatur.

Moga harapan besar ini tidak didengki sang malas yang selalu meracun diri. Lawan tetap lawan. Alang-alang mujahadah, biarlah sampai jannah!


Terlanjur mendengki, biarlah dengki mulia. ^^



Wallahua'lam.




2 Oktober 2012
8:42 p.m

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter