Saya seorang yang punya angan yang tinggi, jika boleh setinggi langit tertinggi, setinggi itulah angan saya akan menggapai. Semuanya kerana angan-angan itu percuma dan menandakan kita berfikir dan terus berfikir. Dan, apabila angan-angan itu hanya sekadar angan, ianya akan bakal merugikan hidup kita.
Angan-angan, perlu ada tindakan. Kita bebas berangan-angan, tapi jangan hanya angan-angan kosong, biar angan-angan kita itu, kita angankan sekali dengan tindakan kita.
Selepas SPM.
Pada saat ramai sudah mula bekerja, saya juga ingin bekerja. Lalu, ayah saya cadangankan satu pekerjaan kepada saya. Bagi saya, saya tidak kisah apa sahaja kerja yang ayah cadangkan, kerana pada saat itu, duit bukanlah sesuatu yang penting bagi saya, tetapi pengalaman bekerja itu yang saya damba.
Rupa-rupa, ayah ingin mengajar saya sesuatu melalui cadangannya. Saya diminta membantu sambil bekerja kepada seorang jiran saya yang menjadi peniaga di market dan pasar-pasar sekitar daerah Baling dan Sik, Kedah. Saya akur, saya perlu lalui semua itu, untuk mematangkan minda saya dan memberi pengalaman serta gambaran dalam dunia perniagaan.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment
Apa buah kata anda?
Page Blog ini : Fb Page
Twitter Saya : My Twitter