[Cerpen : Dipeluk Hatinya]
______
______
Al-Quran
terjemahan coklat bersalut warna krim di tepi dicapai. Beriringkan kesedihan
dan kekecewaan yang telah memanah tajam ke lubuk hati, Mutmain buka zip
al-Quran terjemahan kesayangannya itu. Perlahan-lahan, seiring kepedihan hati.
Dia
amat sayangkan al-Quran terjemahannya itu kerana dia percaya dia tidak akan
keseorangan ketika membacanya, terasa lebih dekat dengan-Nya. Tambahan,
al-Quran terjemahan itu hadiah terakhir ibunya sebelum datang ke Mesir. Andai
terasa rindu kepada Allah, Rasulullah dan ibunya, al-Quran itu akan dipeluknya
erat-erat.
Bersertakan
selawat kepada Rasulullahi sallallahu ‘alaihi wasallam, dia membuka al-Quran
terjemahan itu, secara random.
“
Allahumma Salli ‘Ala Sayyidina Muhammad..”
Muka
surat 396. Belah kiri, bawah sikit. Surah al-Ankabut. Hatinya kuat untuk
memabaca surah itu.
Sampai
sahaja pada ayat tiga surah tersebut. Dia terhenti. Terpaku dengan ayat dua dan
tiga.
“ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan
hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan
sesuatu cubaan)?”
“ Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang
terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang
diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata
pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”
(Al-‘Ankabuut 29 : 2-3)
Seakan
tak percaya. Seakan berbicara dengan-Nya. Hati Mutmain bagai diketuk kuat
dengan penukul besar. Dumm!
Terketuk
sendiri, ketukan padu.
Tompokan
air mata membasahi al-Quran terjemahan itu.
“
Allahu Rabbi…”
“Mengerti
sendiri. Bagaimana aku boleh rasa terlalu putus asa, padahal ujian yang menimpa
tidak setara mana.” Dengus jiwa
Mutmain sendirian.
Melengung.
Sambil jiwa maskulinnya dibasahi air jernih keluar perlahan-lahan tanpa
dipinta.
“
Mutmain, kenapa ni, apa nangis-nangis ni?”
Sapa Zaki dari belakang yang muncul tanpa diduga.
Cepat-cepat
Mutmain mengelap titisan-titisan air di celahan matanya.
“
Eh, mana ada apa, biasa je ni, tiba-tiba je gatal pulak mata ni.” Pantas Mutmain jawab pertanyaan Zaki, sambil mengesat air mata
yang pastinya masih lagi panas.
Zaki
menarik kerusi. Mendekati kerusi tempat duduknya Mutmain.
“
Sudah la Mutmain, sekilas pandang wajah hensem kau, aku dah boleh tahu dah, tak
payah la nak cover-cover sangat, takkan dengan aku pun segan.”
Empat
mata bertentangan. Terasa panas bahang suasana, ditambah pula bahang musim panas.
“
Result mid year tu tak payah la nak sedihkan sampai hari ni. Lagipun aku tahu
kau dah usaha yang terbaik dah kan. Final exam pun dah tak lama dah. Baik kau
usaha saja sungguh-sungguh. Insya-Allah, Allah tak akan hampakan hamba-Nya yang
berusaha bersungguh-sungguh.”
“
Hmm, lagi satu. Aku tahu kau baik. Tapi, jika kau rasa kau masih ada lakukan
sebarang maksiat kepada Allah, aku dengan rendah hati nasihatkan kau tinggalkan
saja semua itu. Mungkin aku tak tahu, namun Allah itu tahu segalanya. Berperang
dengan diri sendiri untuk satu perubahan yang baik memang sakit. Bagai kulit
yang disiat-disiat, darahnya tak terkira. Tapi aku yakin, kesannya memang
manis. Serius! Insya-Allah, andai tiada lagi hijab di hati kita, mudah sahaja
ilmu nak menapak dalam hati kita. Ingat tu ye...” Zaki bersungguh-sunguh memberikan nasihat.
Mutmain
masih membatukan diri. Mengenang kesilapan diri.
Zaki
bangun untuk beredar.
“ Zaki,
tunggu jap.”
Zaki
yang telah bangun, kembali duduk.
“ Kenapa
kau suka nasihat aku walaupun aku dah banyak kali kecundang dalam exam. Orang
lain tengok aku semacam je. Macam aku ni dah tak ada harapan dah kan.”
“ Eh,
jangan la cakap macam tu. Tu perasaan kau je tu. Mungkin mereka sibuk studi
kot. Aku ni bukan apa, kalau semua macam tu, siapa yang nak tolong kau.”
“ Kita
datang sini sama-sama, dan insya-Allah nak berjaya pun sama-sama. Tak akan aku
nak tinggalkan kau sorang-sorang kan. Bukan sahabat la kalau macam tu. Lagipun,
aku pun pernah rasa apa yang kau rasa sekarang. Tak akan aku nak biar saja. The
first to help you up are the ones who know how it fells to fall down. Aku pun
pernah jatuh, aku tahu betapa pedihnya semua itu.”
Mutmain
mengangguk lesu. Namun, seakan ada sinar baharu menusuk jiwanya.
“
Ingat, rezeki Allah itu sentiasa ada. Tak perlu terlalu risau dengan perkara
yang telah ditentukan. Insya-Allah tak ke mana. Apa yang penting sekarang ialah
bagaimana mahu bangkit semula daripada kegagalan dan terus berusaha. Jika sudah
terjatuh, bangun semula dan lawan!”
Mutmain
mendongak merenung wajah Zaki.
“
Paling penting, jangan putus asa dengan rahmat Allah. Bersabarlah dalam
berjuang!” Tenang Zaki sampaikan nasihat,
tersenyum indah.
“ Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Wahai hamba-hamba-Ku yang telah
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan
maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya
Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.’ ”
(Surah al-Zumar 39:53)
“Katakanlah (wahai Muhammad, akan firman-Ku ini, kepada orang-orang
yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah
kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan
beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas
(untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang
bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira"
( Surah al-Zumar 39: 10)
Dipeluk.
Usaha
itu bukan mudah. Perlu disertai mujahadah. Andai mudah, mungkin sudah ramai
yang tak mengalah. Tapi, hakikatnya payah. Indah sebenarnya jika berbaik sangka
dengan Allah. Kita usaha lebih, insya-Allah bagi lebih juga buat kita.
Di
sebalik kesusahan, ada kesenangan. Di balik lopakan air mata, ada derai tawa.
Mungkin
ada kata kita hipokrit kerana apabila exam datang sahaja, kita jadi baik. Baik
akhlaknya, baik ibadahnya, baik pengurusan waktunya, baik segala bagai. Namun,
kita mampu tentukan. Kita mampu juga untuk jadikan ‘baik’ kita pada musim ini
untuk ‘trigger’ diri kita mengemudi bahtera perubahan dalam hidup kita.
Ya, kita mampu lakukan!
Hendak
jutaan usaha, tak mahu infinitian dalil.
Hati
yang suci itu sungguh indah. Kerana dialah raja buat segalanya. Baiknya dia,
baiklah anggota lain. Membawa yang lain turut suci.
Mari,
mari sentiasa perbaharui segala permulaan, jauh di sudut hati, dia si ‘niat’
kita selalu lupakan. Buatkan segalanya hanya untuk Allah, hanya untuk gapai
redha-Nya. Saat itu, insya-Allah segalanya indah. Sungguh indah. Rasa bagai
dipeluk hatinya!
Wallahua'alam.
Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.
terharu aku baca..hahah
ReplyDeleteme too selalu kecundang dalam exam..tp maksiat jalan jugak.hahah cmna nak buat ni ustaz doktor iqbal?
Mukmin will never fall. With faith they manage to stand and face through along this journey. ;)
ReplyDeleteAbg yui :
ReplyDeletemaaf, kamu salah orang :p
soalan tak akan dijawab kerana kamu sudah ada jawapannya :0
Afiqah Haslin :
Insya-Allah, itulah peribadi seorang mukmin. The real mukmin!