11/21/11

Q&A : Tips Belajar Subjek Yang Sukar

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad, Wa 'Ala Ali Sayyidina Muhammad. 


Seperti rutin mingguan biasa. Diri ini pasti teringin menerjah inbox formspring. Manalah tahu, ada insan inginkan bantuan daripada saya. Atau pun meminta apa-apa pendapat daripada saya. Ya, saya memang neutral, tidak menyokong mana-mana persatuan mahupun parti politik. Mengapa? Nantilah jika ada masa saya terangkan. 

Namun, itu tidak bermakna saya harus senyap menyepi sepanjang masa, hanya melihat perkara-perkara yang tak sedap dipandang di biarkan berlaku di depan mata, dan tak bererti juga saya tidak boleh memberi sebarang pendapat dengan acuan pemikiran saya sendiri.


Jadi, kali ni, ada satu soalan yang agak rasmi dan agak akademik bagi saya. Soalan ini datangnya daripada saudari Nur Kegembiraan. Insya-Allah, saya akan cuba jawab semampu yang boleh. Walaupun, saya ni bukanlah pernah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang atau sebagainya. Insya-Allah, hanya berkongsi pengalaman dan apa-apa sahaja yang perlu dikongsikan.


Soalan :


Apa tips belajar yg sering diamalkan, terutamanya subjek2 yg sukar?

 

 Jawapan :

 

Bagi soalan ini, saya memilih untuk menjawabnya secara umum, kerana soalan ini tidak spesifikkan kepada mana-mana subjek. Insya-Allah saya akan cuba jawab seringkas yang boleh, mengikut pandangan saya.


Tips 1 : Betulkan persepsi anda.

Betulkan niat, segalanya kerana Allah, bukan kerana makhluk. Insya-Allah akan jadi indah.

Saya faham, apabila berada dalam era pembelajaran, pasti wujud subjek yang kita labelkan sebagai mudah, susah dan sebagainya. Namun, sebenarnya anda perlu sedar yang anda dapat mengawal dan mengusai minda anda. Anda adalah tuan kepada minda anda. Jadi, anda tidak seharusnya membebankan minda anda dengan mengatakan ianya susah dan sangat susah. Anda ibarat telah mendera minda anda dengan melabelkan subjek ini sukar!.

Solusinya : Jangan menganggap subjek sukar itu terlalu susah. Hanya anggap ianya biasa-biasa sahaja. Dan selalu ingat, subjek yang dianggap sukar itu boleh diatasi dengan kerajinan anda berusaha. Belakang pisau, jika diasah, insya-Allah boleh tajam. Inikan pula otak sang manusia.


Tips 2 : Cepat bertindak


Apabila sudah dapat detect subjek mana yang susah bagi kita, maka janganlah tunggu lagi! Cepat bertindak. Sedarkan diri anda. Tumpukan sepenuh perhatian ketika guru mengajar. Selalu bertanya guru. Buang rasa malu untuk bertanya. Kalau malu sangat pun, pergi la jumpa dengan guru tersebut secara berdepan. Tak kiralah dimana pun, bilik guru atau dimana sahaja. Tak perlulah mencapap di dalam kelas, hihihi. 


Bak kata pepatah Arab, " bertanya itu kunci ilmu". Orang yang bertanya ini, lazimnya orang bersungguh-sungguh berjuang untuk memahami sesuatu. Jadi, jangan tunggu lagi, rapatkanlah hubungan dengan guru-guru. Semakin rapat kita dengan guru kita, insya-Allah semakin besar probability untuk beroleh keberkatan guru tersebut.

Cepat bertindak!




Tips 3 : Meletakkan beban.


Beban. Kadang-kadang kita nampak ia seakan sesuatu yang negatif. Tapi tidak, ada jugak nilai positifnya.


Cuba letak sedikit bebanan. Tak kiralah bebanan apa pun. Misalnya, ' Oh, aku anak sulung dalam keluargaku, jika bukan aku yang mulakan tradisi kecemerlangan dalam keluargaku, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?'. 

Atau, ' Kasihan aku tengok ayah dan emakku bekerja, semata-mata untuk berikan segalanya buat aku dan adik beradik  yang lain. Mereka ingin lihat aku berjaya. Mereka ingin melihat aku menangis bersama mereka dengan iringan air mata kejayaan. Bukan dengan titisan air mata kegagalan!'


Tips 4 : Hablu minallah wa Hablu minannas.


Sentiasa menjaga hubungan kita dengan Pencipta kita. Dan tak terlepas, dengan manusia-manusia disekeliling kita. Sentiasa taati segala perintah-Nya, dan meninggalkan segala yang ditegah. Sentiasa berbaik dengan semua orang, maafkan kesalahan orang lain dan hilangkan dosa-dosa kita dengan manusia di sekeliling kita.


Yakinlah, kejayaan kita bukan terletak di tangan manusia, tapi di tangan Allah!


Tips 5 : Cari waktu belajar yang paling ideal bagi anda


Setiap orang ada waktu yang paling ideal bagi dia. Maksudnya, waktu itu sungguh nikmat baginya, kerana segala yang dia cuba baca atau hafaz, musah saja nak masuk. Nak ingat pun senang.


Jadi, carilah waktu tu. Kerana, jika kita dah dapat waktu itu, semakin mudahlah kerja kita untuk ditumpukan dalam waktu itu. 


Namun tak dapat dinafikan, untuk betul-betul mengejar kejayaan, sememangnya perlu belajar setiap masa dan dimana jua. Terutamanya macam saya, saya tak sama dengan orang lain yang genius. Otak saya lambat sedikit. Jadi, wajarlah saya belajar selalunya tak ikut masa. Selagi ada masa terluang, saya belajar. Tapi jangan lupa release tension, nanti tak pasal-pasal berkecai cells dalam kepala otak tu (^_^). Main la apa-apa pun, atau baca al-Quran atau sebagainya..


Tips 6 : PCR


Teknik ini selalunya sesuai bagi subjek bacaan. PCR is stand for ' Preview. Concentrate. Review'.


Preview ( Bacaan awal ) : Baca dahulu tajuk atau topik yang dijangka akan diajar pada esok hari. Atau baca dahulu sesuatu topik itu sebelum kita belajarnya dengan guru kita. Baca sahaja. Tak perlukan kefahaman yang mendalam.


Concentrate ( Penumpuan ) : Tumpukan sepenuh perhatian ketika guru mengajar. Jangan tidur. Kalau tertidur, cubalah cari jalan penyelesaian secepat mungkin. Kerana tidur dalam kelas akan menyebabkan banyak kerugian bagi anda, terutamanya KEBERKATAN.


Review ( Baca kembali atau ulang kaji ) : Apabila balik rumah atau asrama. Review kembali apa yang telah diajar tadi. Fahami betul-betul. Kalau boleh ingatinya setakat mana yang boleh.


Bagi math, tak kira la add math atau math. Segalanya perlukan faham konsep yang ingin diketengahkan  dalam tajuk tersebut dan buatlah latihan dengan sebanyak-banyaknya. Latihan itu yang penting. Belilah buku latihan yang berkualiti. Dan cuba habiskan setiap buku latihan itu. Untuk tahu buku latihan yang berkualiti dan sesuai, bolehlah tanya kepada seniors atau abang/kakak anda. 



Tips 7 : Belajar seperti hendak mengajar


Setiap yang kita belajar, atau apa yang kita baca. Cuba keluarkannya dengan cara seolah-olah ingin mengajar orang lain. Atau kalau hebat lagi, berkongsi dengan orang lain, ajar mereka. Insya-Allah, dengan cara ini, akan mudahlah kita mengingati apa yang kita ajarkan. Tak percaya, cuba lah! :(^_^)


Kejayaan itu bukan mudah untuk dicapai, tapi bukanlah mustahil!


Muhammad Iqbal :


1) Maaf jika persoalan anda kurang terjawab. Kalau saya salah faham, boleh la tegur.


2) Maaf juga atas tips yang kurang teratur. Saya hanya menaip apa sahaja yang terlintas.

3) Terasa macam pelajar cemerlang pulak kan. Hmm, tak apalah, berkongsi sekadar yang mampu.


 Wallahua'lam. 

Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.



6 comments:

  1. hahha bolehlah terai di rumah =p=p=p

    ReplyDelete
  2. syukran jazakallahu khairan khatira ^^

    ReplyDelete
  3. yui92 : cubalah..hihihi..

    nur kegembiraan : afwan, wa iyyak :)

    ReplyDelete
  4. nak try gak.. tapi yang pnting mujahadah.. yang ni yang payah sikit nak dapat.. huhh

    ReplyDelete
  5. ahyad dan abg yui92 :

    Saya rasa bila kamu berdua baca entri ini, usah la ikut tips picisan ini. Anda berdua sudah sememangnya cemerlang. Saya ni bukanlah seperti kalian :)

    ReplyDelete
  6. Tak ada benda yang akan menjadi senang sekiranya kita tak ada masa untuk Allah.

    Mode: Berhikmah

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter